Friday 9 January 2015

Dhuha & Kesannya pada Kehidupan

Assalamualaikum <3

Dah masuk minggu yang ke-2 bagi tahun baru 2015. Sekejap ja masa berlalukan? Pejam celik, pejam celik dah seminggu. Pejam celik, pejam celik dah ujung tahun.. hmmm. Jadi apakah kehidupan kita still sama macam tahun lepas? atau ada peningkatan dalam usaha meningkatkan amal ibadah? Salah satu ibadah yang ateh konsisten hingga saat ini adalah Dhuha. Alhamdulillah.. :)


Kisah dhuha 

Permulaan ateh dengan dhuha ni agak lambat, kira-kira ketika berumur 22 tahun baru ateh start. Masa tu sem 2 diploma di KUIS. Satu hari, ustazah Hasnah tak silap ateh, dalam kelas agama dia ada nasihatkan pelajar amalkan dhuha. Sementara nak tunggu kelas bolehlah sekiranya rajinkan diri ke masjid Kuis. Ateh dengar je, sebenarnya ateh dah biasa dengan dhuha ni bila mana Mak & Abah memang pengamal tegar Dhuha. Tak kira sibuk macam mana pun, Dhuha tak pernah mereka tinggal.Hasilnya Alhamdulillah rezeki tak pernah putus, hati mereka tenang ja, even waktu tu masing-masing anak-anak belajar, perlukan duit yang banyak. Yela dengan keadaan family yang tak seberapa. Arwah abah keja nelayan saja.

Bermula sem 2, ateh tekad nak amalkan dhuha hari-hari. Kelas lewat skit cepat-cepat ateh celah masa solat dhuha. Alhamdulillah kuasa Allah tiada tandingannya. Berkat Dhuha, ketika sem 2, ateh tak pernah putus dari segi belanja harian. Jika dulu masa sem 1, ateh selalu susah hati dengan perbelanjaan yang tak cukup. Susah hati tak kira masa. Tapi berkat amalkan dhuha, banyak perbezaan yang terjadi. Ilmu mudah masuk, kesihatan cantik, masalah kewangan selesai.. dan yang paling penting hati sentiasa tenangggggg :)

Syukur hingga kini, ateh masih amalkan dan harapnya ateh istiqamah hingga hujung nyawa! amin :)
Yang penting hati kena ikhlas, jangan anggap Dhuha itu membebankan, anggap macam dah solat wajib, dhuha di anggap sebagai tanda terima kasih kita pada Allah taala diatas segala kenikmatan yang kita dapat didunia ini. :)

Bila join shaklee, antara nasihat yang sering ditekankan adalah Dhuha jugak. Hmmm dah ramai orang yang betul-betul yakin dengan Dhuha akan menemui ketenangan yang tak dapat diucap ;)
Jadinya adik-adik yang rasa dirundung sedih, hati tak tenang, duit susah nak dapat. Amalkan lah dhuha ;) Very recommended!!

Niatnya mudah saja:


Masa melakukan dhuha:


Nasihat buat semua:

1 comment:

  1. Terima kasih Ateh kerana tinggalkan komen di blog sis JM..so ini kunjungan balas ye

    cerita berkenaan Dhuha ni Alhmdulillah..sis JM telah amalkan cmua x ingat sejak bila yg pasti hasilnya seperti yg ateh kongsi di sini. Semoga kita terus istiqomah ye...

    ReplyDelete