Wednesday 28 January 2015

Vitalea naikkan HB

Assalamualaikum <3

Akhir-akhir pregnancy ni macam-macam masalah datang. Tapi athe tak fikir semua tu membebankan cumanya agak letih asyik berulang ke klinik. Sampai naik segan nak masuk ofis lewat hari-hari hm...

Start ateh 32weeks tak silap ada monthly check up. Husband cakap dia nak teman, then amik la after lunch hour. Faham-faham la lunch hour lapaaa. Tapi dalam masa yang sama pun risau gak kalau makan jap g takut berat naik. Tapi memandangkan perut krik krik decide ngan husband nak makan di Taman Warisan, Putrajaya. Faham jela panasssss

Ateh order bihun sup + coconut shake! hambekkkkk sedap menghiruppp hihi padahnya tunggu kejap lagi. hahaha

Sampai klinik cek sume, tengok-tengok HB TURUN (9.5) urine naik sampai 8 . Keciwa jap rasa time tu, sebabnya bila doc cakap ateh kena minum air gula sekali lagi (actually dah 2 kali kot minum air hikmat ni) takkan nak kali ke 3. Rasa nak nangissssss. Untuk HB plak kena amik darah 2 tiub by next week!

Macam-macam dugaan, b4 pergi Babymoon ada plak masalah ateh kena refer hospital berkenaan bayi songsang & air ketuban kurang. Jadinya pakej lengkap la ateh nak ke klinik & hopital 2 minggu berturut-turut. Ikutkan hati malas nak pegi, letih menunggu yang betulnya. Tapi husband pujuk, tak sian baby ke... hmmm baiklah

22/1/2015
Hari ni amik darah untuk HB, di Klinik Kesihatan lepas tu dah boleh balik

23/1/2015
Minum air gula buat kali ke 3! tak pernah dibuat orang. padan la muka aku kan :P

26/1/2015
Checkup kedudukan baby & air ketuban di Hospital Serdang, Alhamdulillah result ok cumanya baby still taknak turun. Hmmm hari-hari kena bercakap & pujuk si little qaliph ni, harap-harap dia sayanggg Mama, cepat-cepat turun sebelum next check up 37 weeks (12/2/2015) kalau tak mama ceaser :'(

27/1/2015
Checkup bulanan, kali ni ateh happy sebabnya HB naik mendadak ke 11! tu pun ateh dah bersyukur sangat. Sebab bab HB ni cukup-cukup di beri tekanan. macam-macam cara ateh buat. Ateh try makan ubat free klinik kasi, tapi MUNTAH! baby laju je tolakkkkkk

Ateh amik Vitalea Shaklee, selalunya 1 biji je sehari. Tapi disebabkan keadaan terdesak macam sekarang, memandangkan pulak Vitalea ni memang utk naikkan HB ateh amik 2 biji ikut sukatan di botol. Ateh amik hari-hari tanpa skip. Hasilnya syukurrrrr sangat! Selalunya baby kalau makin membesar HB memang makin kurang, tapi ateh boleh naik ;) senyumm legaaaaa. Kalau la tahu dari awal dah ateh amik camni kan? Takde la makan ubat free yang bleh muntah, pening-pening tu. huh!

Ni lah penyelamat Ateh ;) I Likeeeeee


Berminat ak Vitamin penambah tenaga & penambah HB macam ateh?

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)


Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya


Monday 26 January 2015

Locked order bammmm bammmm bommm!

Assalamualaikum <3

Syukur-syukur locked order kemain banyak ari ni :) (bagi ateh la, orang lain lebih lagi) takpe rezki orang tak sama. Selagi mana kuat kita usaha selagi tu la peluang kita ada. Dalam berbisnes kalau takde dugaan mana best ye dak? hihi
Tambah-tambah bila vitamin M melimpah ruah, lagiiii la tak jadi hapeee

So, jadinya hari ni, ateh dah selamat locked order buat customer tersayang

Set sendi

Set bakar lemak


Set Berpantang
Krim pelbagai guna (nappy baby)

Alhamdulillah, bila dah ramai percaya dengan kehebatan Shaklee ateh jadi suka nak berkongsi pelbagai khasiat :)

Berminat?

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)


Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya


Wednesday 21 January 2015

BabyMoon - Cameron Highlands

Assalamualaikum <3

Alhamdulillah dah mencecah 33 weeks anak mama dalam rahim <3
Rasa rindu, rasa excited, takut semua ada nak sambut orang baru ;)
Papa pun macamtu jugak, sambil bawak kete pun usap-usap perut mama
"Assalamualikum anak papa..." "baby buat apa tu.."hehe 
Moga kebahagiaan milik kita bertiga <3

Jumaat lepas (16/1/2015) sempat la buat plan tergempak dengan husband. Nak jalan-jalan berdua sebelum ada baby. Bak kata doc ateh "sementara larat lagi pegila melancong mana-mana sebelum korang berdua jadi ZOMBIE" hahaha kelakar!!

Kitaorang decide tempat sejuk-sejuk, pergi Cameron Highlands je. otw terus bleh balik kampung ateh. Alang-alang dah 1 jalan kan. Lagipun husband cakap balik last sebelum deliver. So, amik la cuti sampai isnin.

Kebetulan jumaat tu ateh ada checkup/scan baby di KK, ada masalah uri bawah. Lepas settle semua, lunch. Terus pecut ke CH. Family semua taktau, saje nak kasi surprise.hihi Dah sampai sana baru gatal tangan share location :P Kejam tak kejam, masing-masing jelessssss hehe

So sampai diCH pun dah lewat petang lebih kurang 6pm, terus cari hotel. Mulanya nak cari budget hotel je, memandangkan kitaorang datang lewat. Tapi bila fikir, babymoon kot.. Apa salahnya spend lebih skit, lagipun dah lama tak jalan-jalan berdua lepas honeymoon Bali lepas kawin hari tu. So, decide hotel bawah RM200.

Jadinya, otw ke Brinchang terjumpa hotel Copthorne,Cameron Highland. Tanya rate semua. Alhamdullilah within budget :) Terus check in. Tengok keadaan hotel semua ok, kira taraf 4 bintang. Not bad. Amik hill view, so bleh nampak bukit-bukit. Indahnya pemandangan :)

Lepas check in, tengok keadaan bilik semua, terus jalan-jalan amik udara sejuk. Husband nak minum teh, terus ke Cameron Bharat tapi bila sampai kedai semua dah tutup. Yela, hari dah makin gelap & kedai pun tutup jam 7 ptg. So, patah balik ke Tanah rata utk makan malam. Otw balik ke hotel husband nak makan strawberry, singgah kejap di pasar Brinchang beli strawberi fres & strawberi coklat & cucur ubi yang ateh suka tu. ;)
Balik hotel, mandi- solat sume then zzzzz

Esok pagi bekfast di hotel, kemainnnn banyak la laki bini ni makan. haha Macam tak kenyang2 taktau la nape. :P Ateh perhatikan, bukan ateh je, cina kat sebelah pun asyik menambah je kejenya. hihihi agaknya sebab suasana sejuk kot pagi-pagi ni. hihi

After that, jalan-jalan di Lavender,CH. cuci mata sementara nak check out. Rugi la kalau kuar awal kan. Pusing-pusing tengok lavender sampai 10.30pg, ada bekenan kat patung kaler purple tu tapi if let say baby girl nak jugak ateh & hubby nak rembat sekor. Tapi taktau gender ni kan, hmmm pendamkan saja.

Lepas tu terus balik hotel, mandi siap-siap terus check out.

Tempat 1st yang kitaorang jelajah adalah strawberry big red farm (ye ke dak tajuk tempat ni. lupa dah) Kat situ memang ateh nak pegi sangat sebab baby nak makan strwaberry puas2. Biar berak poo poo kuar strawberry :P Puas hati dapat. eheh after that minum teh di Cameron Bharat sambil makan scone. Feeling ala2 omputeh kata kau! :P Sambil duk bincang ingat terus nak ke Sg. palas Tea Boh, tapi bila memekir jalan yang agak menyeramkan bagi ateh. Maybe pembawakan baby kot, ateh jadi seriyau. Terus cancel, len kali la plak ye dak.

Tukar plan, pusing-pusing Kg Taman sedia, saje layan view & solat di situ. lepas tu terus ke Kea farm, shopping jagung,strawberry etc buat buah tangan utk family. lepas tu terus turun nak balik ke Pantai Remis pulak :) Saje taknak tunggu pasar malam, sebabnya lebih kurang je ateh rasa Kea Farm dengan pasar malam Brinchang tu. Lagipun, tak berani la nak turun malam-malam dengan jalan selekoh-selekoh ni kan. Jadi apa-apa kanggg dah la bawak mak buyung.. huhuu

Conclusionnya. Puas hati. Husband cakap nak pegi lagi tapi nanti taknak jalan-jalan. Nak memerap di hotel je, nak layan sejukkkk hahaha bleh camtu? takkan ateh nak biarkan?? :P

Friday 9 January 2015

Dhuha & Kesannya pada Kehidupan

Assalamualaikum <3

Dah masuk minggu yang ke-2 bagi tahun baru 2015. Sekejap ja masa berlalukan? Pejam celik, pejam celik dah seminggu. Pejam celik, pejam celik dah ujung tahun.. hmmm. Jadi apakah kehidupan kita still sama macam tahun lepas? atau ada peningkatan dalam usaha meningkatkan amal ibadah? Salah satu ibadah yang ateh konsisten hingga saat ini adalah Dhuha. Alhamdulillah.. :)


Kisah dhuha 

Permulaan ateh dengan dhuha ni agak lambat, kira-kira ketika berumur 22 tahun baru ateh start. Masa tu sem 2 diploma di KUIS. Satu hari, ustazah Hasnah tak silap ateh, dalam kelas agama dia ada nasihatkan pelajar amalkan dhuha. Sementara nak tunggu kelas bolehlah sekiranya rajinkan diri ke masjid Kuis. Ateh dengar je, sebenarnya ateh dah biasa dengan dhuha ni bila mana Mak & Abah memang pengamal tegar Dhuha. Tak kira sibuk macam mana pun, Dhuha tak pernah mereka tinggal.Hasilnya Alhamdulillah rezeki tak pernah putus, hati mereka tenang ja, even waktu tu masing-masing anak-anak belajar, perlukan duit yang banyak. Yela dengan keadaan family yang tak seberapa. Arwah abah keja nelayan saja.

Bermula sem 2, ateh tekad nak amalkan dhuha hari-hari. Kelas lewat skit cepat-cepat ateh celah masa solat dhuha. Alhamdulillah kuasa Allah tiada tandingannya. Berkat Dhuha, ketika sem 2, ateh tak pernah putus dari segi belanja harian. Jika dulu masa sem 1, ateh selalu susah hati dengan perbelanjaan yang tak cukup. Susah hati tak kira masa. Tapi berkat amalkan dhuha, banyak perbezaan yang terjadi. Ilmu mudah masuk, kesihatan cantik, masalah kewangan selesai.. dan yang paling penting hati sentiasa tenangggggg :)

Syukur hingga kini, ateh masih amalkan dan harapnya ateh istiqamah hingga hujung nyawa! amin :)
Yang penting hati kena ikhlas, jangan anggap Dhuha itu membebankan, anggap macam dah solat wajib, dhuha di anggap sebagai tanda terima kasih kita pada Allah taala diatas segala kenikmatan yang kita dapat didunia ini. :)

Bila join shaklee, antara nasihat yang sering ditekankan adalah Dhuha jugak. Hmmm dah ramai orang yang betul-betul yakin dengan Dhuha akan menemui ketenangan yang tak dapat diucap ;)
Jadinya adik-adik yang rasa dirundung sedih, hati tak tenang, duit susah nak dapat. Amalkan lah dhuha ;) Very recommended!!

Niatnya mudah saja:


Masa melakukan dhuha:


Nasihat buat semua:

Thursday 8 January 2015

Vivix Shaklee si "Tonik Ajaib"

Assalamualaikum <3

Berpagi-pagian di hari jumaat penuh barakah. Harapnya isu banjir di pantai timur dan negeri2 lain reda dengan cepat la hendaknya Amin.. tak tertanggung rasa bila tengok penderitaan diaorangkan :'( Ok, takmau emo-emo pagi-pagi ni. dapat refresh tenaga bila lepas Dhuha Alhamdulillah. Salah satu jalan pembuka rezeki adalah dengan berdhuha secara konsisten. Amalkanlah ye adik-adik sayang :) Apa yang penting ateh doakan kesihatan yang baik buat pecinta-pecinta vitamin Ajaib dari Shaklee ;)



Vivix si tonik Ajaib

Bulan ini ada berita menarik untuk peminat setia Vivix Shaklee. Boleh dapatkan Vivix Shaklee dengan harga superb runtuh. Hanya di bulan Januari 2015 sahaja. Ada 2 kategori samada dengan pembelian Buy 6 free 1 or Buy 2 dapat 5% diskaun. Haaaa menarik ke idak?? Jadinya cepat-cepat la kumpul stok sementara harga super duper runtuh!!

Sebelum tu mari kita mengetahui keistimewaan dan kebaikan Vivix Shaklee ini. Apa yang best sangat? Berbaloikah dengan harga yang ditawarkan?

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Apa kata mereka mengenai Vivix Shaklee?

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Anda rugi jika tak baca artikel ini 

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)


Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya

Wednesday 7 January 2015

5 sebab kenapa Shaklee jadi business PART TIME saya

Assalamualaikum <3

Lepas hadir kelas intensif Shaklee last week, terpanggil nak share asbab & sebab kenapa ateh kemain semangat nak teruskan business part time shaklee sebagai side income every month. Setelah di kaji-kaji sebabnya Ateh list kan sebab kenapa ateh kemain JATUH CINTA pandang pertama ecehhh.. Bak kata orang kalau tak bercinta macam mana nak suka ye dak? Macam la alam perkahwinan jugak.. hihiiii

HQ Shaklee

1) SHAKLEE 

Company yang ditubuhkan sejak tahun 1956- see dah hampir 60 tahun berada di pasaran dan pastinya company yang sangat KUKUH. Shaklee juga company TERTUA  dipasaran makanan tambahan dan pastinya STABIL dan HEBAT!

Merupakan syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam & kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee diseluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten diseluruh dunia.

Rangkaian produk Shaklee

2) PRODUK YANG BERKUALITI 

Salah satu produknya yang pertama dicipta - "Vitalized Mineral". dirumus pasa tahun 1915. Ia produk yang harmoni dengan alam semulajadi dan terbukti dengan ujian klinikal. Apabila anda memilih produk Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara - ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaaan-percubaan klinikal. Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan keatas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja. Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyelidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh Kumpulan Pakar Sains Kesihatan. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.


Pelan pemasaran Shaklee

3) PELAN JUALAN MENARIK SHAKLEE

Jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, tidak kiralah sebagai penjual atau hanya untuk kegunaan sendiri dan capai melebihi 150UV(point) yang telah ditetapkan hasil dari pembelian produk, anda berpeluang menikmati bonus skim yang Shaklee tawarkan, tiada limit RM, berpeluang mengikuti trip-trip international dan local secara percuma, berpeluang mendapat recognition (trophy dan cash) dari Shaklee, berpeluang membina empayar bisnes anda sendiri baik secara part time atau full time. dan hasil daripada apa yang anda kongsikan dengan mereka dilaur sana. its priceless..

4) SUPPORT GROUP

Jika anda mendaftar dibawah ateh, ateh akan masukkan anda kedalam group EKSKLUSIF, group yang penuh dengan caj-caj POSITIF, UKHWAH yang kuat, penuh dengan RAHSIA-RAHSIA dan STRATEGI untuk berjaya. [Group Jutawan Shaklee - Secret Facebook group, hanya yang terpilih layak dijemput masuk] Group yang telah melahirkan ramai leader yang berkualiti dengan income bulanan stabil dari 2 angka ke 6 angka setiap bulan!! Master , Sr Key Coordinator, Coordinator, Key Coordinator, Supervisors, Sr Supervisors..

Pelan Pangkat didalam Shaklee

5) KENAPA SAYA PERLU MENJADI MENTOR ANDA?

Jom bersama saya dalam merialisasikan impian sebagai WAHM (Working at Home Mother) Insyallah hanya melalui ALAM MAYA. Tak perlu meeting sampai lewat malam. You can have it your way ;)



Berminat? Contact saya.. Jommmm!!!
 
Puan Rahimah [Ema]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 932045]
013-4656545| 0387400546|emman_pr@yahoo.com.my



Tuesday 6 January 2015

10 Manfaat VIVIX Shaklee pada KESIHATAN

Assalamualaikum <3

Agak lama ateh tak share pelbagai rahsia keberkesanan produk Shaklee pada korang kan? Dikala kandungan hampir mencecah 8 bulan ni, rasa berat badan makin bertambah. Penat letih.. suma2 la.. Tapi sempat jugak ateh hadiri kelas intensif Jutawan Shaklee dan program DAO di Shah Alam minggu lepas :)

Memandangkan Shaklee sangat bermurah hati, bulan ni jugak ada Triple Promotion!!! Salah satunya tonik ajaib "VIVIX" sape-sape pernah try, sureeee takkan tinggal!! Mesti jatuh cinta kedebuk kedebab kan?? hihi

Antara manfaat yang perlu korang tau adalah :-


  1. Menggalakkan penuaan yang sihat
  2. Membantu mengelakkan kanser
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  4. Mengurangkan komplikasi kencing manis
  5. Meningkatkan kesihat arthritis & menyokong kesihatan sendi
  6. Bantu mengurangkan insiden penyakit nyayuk
  7. Menggalakkan kehilangan berat badan
  8. Meningkatkan sistem imun
  9. Menyokong kesihatan mata
  10. Menggalakkan kesihatan keseluruhan

Merah makngah botolnya kaya dengan anti oksidan yang amat diperlukan oleh tubuh


Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)


Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya