Monday 7 July 2014

Selamat Tinggal Semua :')

Assalamualaikum <3

Apehalnya tajuk sedih bebeno tu.... :P
Hihi.. agak sedih la kejap.
Tapi now dah ok :')
Rasanya keputusan dah dibuat dengan jayanya.
Hasil perbincangan 2 mata dengan En Chenta.
Makanya berakhirlah episod ateh sebagai pekerja di ex-company ateh :)
Payah memang payah, tapi lagi payah kalau diteruskan rasanya.
Hati dah taknak, jangan dipaksa-paksa nanti lain jadinya.
Resign dengan alasan jauh. Tapi ada reason yang lebih kuat buat ateh cekal letak surat resign pada 16/5/2014 dan khidmat ateh berakhir pada 6/6/2014. Dah dekat sebulan pun.. :')
Sambil tu cari jugak keje area rumah ni. :)

Bosan memang bosan duduk rumah ni. Asyik buat benda yang sama.
Bangun tidur - Subuh - Siapkan husband (sarapan etc) - bye2 husband - tghari makan apa yg ada - ptg baru masak utk makan sama-sama - malam golek2 lepak tengok tv. Pehtu tdo. adoiiii mak! bosan tahap 3 dah ni. Tapi duk merungut jugak dekat husband. kalau ada baby boleh jugak la ateh belek-belek hmmmm. Hari -hari duk merungut benda yang sama. alih -alih.... hihi

Sambil duk bosan ateh duk buat bisnes. Mujur ada SHAKLEE :) Best duk klik-klik buat order sambil duk promote. Alhamdulillah ada jugak hasil hehe. Mulanya saje nak join makan sendiri, alih-alih terjebak. Jual skit-skit hasilnya boleh tahan (buat baru nak belajar la, kalau semangat setinggi gunung. hmmm taktau la kan, seronok!!!)
Selain tu ateh buat biskut pretzel. haaaa disebabkan minat bleh jugak tampung apa yang patut. takdela makan hasil suami 100% hihi

Penah ada perancangan dengan husband. Kalau la ditakdirkan kita ada baby, takut rasanya nak hantar nursery, takut benda buruk jadi. Nauzubillah... Ateh nak jaga sendiri. :')

Nak majukan bisnes dari rumah ni, nak develop empayar! haaaa nampak dia punya semangat sampai tahap tu! hahaha Hidup kena ada semangat jangan semangat s**t ayam je, macam ateh selalu buat. hancus! :P

Mehla sama-sama sayang-sayang kita semangat ramai-ramai. Kalau dah ada niat nak bisnes. Jangan malu pm je ateh. kita berjaya sama-sama. :')




Shaklee Independent Distributor: 932045
Email: emman_pr@yahoo.com.my

Bisnes klik-klik bersama Shaklee

Assalamualaikum <3

Hai sayang-sayang sekalian :')
Ateh nak kongsi kan pengalaman setahun bersama Shaklee. :)
Macam bosan je ateh ni.

SABAR. SABAR.....

Ateh dah setahun bersama shaklee, hasil bimbingan & tunjuk ajar dari pensyarah ateh sendiri. Haa dah la diajar nya ateh masa zaman study dulu. Sekali lagi beliau jadi pulak mentor bisnes untuk Ateh. haa bestkan?? hehe mengeratkan lagi hubungan ex-student dengan ex-lecture. Now dah jadi MENTOR (tunjuk ajarku sifu! yeayyyy!) dah nyanyi pulok.. :P

Ateh ni jenis semangat turun naik. Menyampah pun ada bila fikir.. Nak semangat tu bila??? Bila nampak lecture announce dalam wassap group. "Bonus bulan lepas dah masuk ye anak-anak" adoiiiiii masa tu Ya Allah mula la nak hantuk kepala ke dinding. Tuding diri. Tu la kau!! pemalas! nak hasil je ! usaha tanak! haaaa bermonolog sorang-sorang dalam hati. 3 hari lepas tu semangat. pehtu buat macam biasa balik.
Ade ke orang nak berjaya macam tu punya perangai???!! sungguh kurang siuman bagi ateh.
HAAA ni entry dah jadi entry membebel kat diri sendiri.

Selalu doa banyak-banyak tambah-tambah bulan yang penuh barakah ni, dikuatkan semangat, di beri motivasi yang tinggi. Jangan mengharap punggok rindukan bulan saje *tetiba :P

Salah 1 azam yang kuat ateh nak berbisnes adalah.
BILA ADA ANAK NAK JAGA SENDIRI TAPI ADA DUIT BISNES DARI RUMAH.

NAK TOLONG ORANG, NAK TOLONG ORANG, NAK TOLONG ORANG. *Biar rezeki tu bermanfaat jugak untuk orang lain.

Rasa nak highlight besar-besar.!


Inilah mentornya. hihi Puan Shikin.
Pucatnya muka atehhhhh :P

Kalau agak korang nak sama-sama bersemangat dengan ateh. Jangan malu-malu duk nyorok belakang pintu. meh-meh kita ramai-ramai berjaya jadi IBU MODEN. Jaga anak sendiri, goyang kaki je buat bisnes. heheh Modal??? RM 65.00 dah boleh jadikan dia beranak pinak bercucu cicit bagai.. tunggu apa lagi? meh sini meh. hehehe Tambah-tambah ibu-ibu tengah berpantang tu pun boleh, sambil baring. klik-klik dah ada income. :) Anak-anak dara cane plak ateh?? itu lagi bolehhhhhh takde komitmen :D


Pegang pada 1 hadis nabi SAW.

9/10 Rezeki adalah dari perniagaan.

Tunggu apa lagi sayang-sayang :)

Shaklee Independent Distributor: 932045
Email: emman_pr@yahoo.com.my

Energizing Soy Protein - ESP

Assalamualaikum <3

Haiii semua. berbuka apa hari ni agak-agak? :D
Ateh ntah la, sambil-sambil baring duk bukak shaklee2u ni, mengadap jugak ketuk-ketuk Ramadhan. Cari idea nak masak apa hehe.

Biasala bila berbadan 2 ni. fokus utamanya LAPAR.
Anak nak membesar kata kau! kehkehkeh
Alhamdulillah dah masuk hari yang ke-4 puasa.

Ateh kan baru tahu berita gembira ni sabtu lepas iaitu bersamaan 30 syaaban. Maksudnya esok nak puasa baru tau. Cuak pun ada. sebab pengalaman dulu lapo sokmo.

Baru ateh ingat salah satu supplement ibu pregnant amik la ESP SHAKLEE. Menahan lapar & berikan tenaga. haaa dah macam iklan tb la pulak haha.

Sahur ateh bangun minum ESP dulu campur kurma. Pehtu baru amik nasik.
Begitulah untuk hari seterusnya. kenyang je.. bertenaga je sampai bukak posa. Alhamdulillah.

Sampai hari yang ke-4 tetiba ateh saje nak test, betulke ESP ni bagi aku kenyang??
Pulaknya pagi ni teringin sangat nak minum kopi, pagi ni ateh tak minum ESP tapi ganti dengan kopi.
Hasilnya baru 9.30pagi dah burp.. burp.. sendawa lapar... adoiiii kan. sape suruh cari pasal.
Sambil duk taip entry ni pun duk burp-burp baby mintak nasik. hahaha

So, kena cepat-cepat order ESP buat stok taknak penyakit burp-burp berulang. Dah macam bunyi hon lori dah haaa hihi nyaris duduk sorang-sorang :P



Meh pm ateh, kot-kot nak try keberkesanannya buat ibu hamil. hihi

SID 932045
Email: emman_pr@yahoo.com.my

Cerita Hamil Part 2 : Simptom Hamil Cik Ateh

Actually takde simptom yang bleh buat cik Ateh rasa hamil..
Dah doc sahkan baru la tekedek- kedek sedar sendiri. Oooo patutla aku camtu, ooo patutla aku camni.. Hmmm
Gitula..

Ok part yang pertama

1) Kuat merajuk. (Ngan husband jela) dengan orang lain pandai jaga etika kihkih
Salah skit nak majuk, salah skit nak sentap, salah skit taknak makan. Ape ke teruk sangat aiih.. Kadang-kadang rasa hek eleh ko ni, ciput je kot. Dah moncong 14 depa.. Tapi mujur En chenta cool.. Dia layan je. Huwaa huwaa

2) Kuat makan + kuat minum air manis (bab ni budak-budak opis yang perasan)
Bila dorang tegur, eh ko dah kuat minum manis ar skg..? Loohh orang nak minum pun pelik ke.. Biarla.. * dalam hati macam sedih plk, nak minum pun kena soal. Bukan apa, cik Ateh kategori tak minat air manis, air mineral suka! Sedapppp hehe

Bab kuat makan tu lagi dorang pelik,selalu kalau cik Ateh dah makan nasik lemak, lunch jangan harap nak turun makan, abis kuat kirimkan beli cekodok $2.00 itu pun blum tentu abis. Sekarang ni pantang sebut, makan jejommmm sesaje.. Kihkihkih *pegang lengan sendiri dah sama besar ngan betis haiishh*
Siap beli roti gardenia 2 bijik yang 70sen tu, buat cover lapooo.. Ahhaaa
3)Badan terasa seram sejuk panas seperti nak demam tapi tak demam terutamanya di petang hari.

4)Angin yang banyak sendawa kuat kalau lambat makan.. *perangai baru.


5)Perut bawah macam lain, memulas macam beputar-putar pun ada.. pelik nak describe :P Tapi buat dek, pestime.. tak terfikir langsung, rasa macam nak period je..

Kot-kot ada simptom baru cik ateh bagitau :P

Cerita Hamil Part 1 : Dalam perut ada nyawa??

Assalamualaikum ! <3

Hihi tajuk daebak punya straight forward 

Senyum telinga ke telinga, rasa nak tampar nak tumbok dinding macam tak caya! :D

Cik ateh dah carry nyawa dalam perut? Haha syukur ya Allah penantian membuahkan hasil, setiap kali solat menangis syukur sangat sebab tak caya suma bercampur.

Pandang muka En Chenta, senyum sampai telinga masing-masing duk dalam mimpi 
Indahnya perasaan yang Allah suntik dalam hati. –SUJUD SYUKUR-

Meh cik Ateh story, mula-mulanya hari sabtu siang tu merayap merata dengan En Chenta & MIL pusing-pusing Shah Alam-KL-Kajang-Bangi, releks lagi settlekan macam-macam benda, siap pegi tempah baju untuk weeding adik ipar May nanti, tengok rumah comel kami tengah renovate bagai.

Elok sampai rumah lepas maghrib, mandi bagai dah rasa tak sedap badan. Macam nak demam, tapi badan tak panas, menggigil dari dalam. Camne cik Ateh nak describe pun taktau la.. yang penah rasa mesti dah dapat agakkan?

En chenta dah suh rehat, tido trus. Dia suh makan ubat pun cik ateh tak mampu. Bangun isya pehtu tido balik. Sempat mesej kakak cakap tak sedap badan, dia suh g klinik takut suspek denggi.

Esok paginya rasa kurang skit tapi still rasa gigil-gigil dalam badan. Sediakan breakfast buat nasi goreng, bayangkan nak genggam sudip gaul nasi pun rasa tak mampu, tapi cik ateh gagahkan jugak. Siap makan sume, cik ateh ikut En Chenta pegi kelas agama kat masjid area umah MIL, En Chenta cakap kalau tak larat takyah la ikut, cik ateh nak pegi jugak. Elok sampai kelas, kelas cancel plk ustaz tak sihat. Dah tau kelas cancel, cepat-cepat whatsapp En Chenta ajak g klinik.

Klinik pakar An-Nur
Dekat ngan umah MIL, En Chenta pesan cek darah, takut denggi. Elok register nurse tu cakap kena jumpa doc dulu. Tunggu turn kejap je, sebab weekend tak ramai orang.

Elok masuk bilik doc, trus doc cakap nak cek UTP ke? Cik ateh ngan En Chenta blur. Ape menatang plak tu?? Doc trus Tanya bila last period? Dengan blur nya cik ateh keluarkan calendar period dlm phone, tunjuk segala.. Terus doc tu cakap ok kita buat UTP eh. Dengan tak bersalah trus cik ateh cakap eh, doc saya nk cek saya demam, semalam badan lenguh-lenguh, En Chenta pun sambung ha’ah doc symptom macam denggi.

Mata duk bayang si comel ini..
pic kredit to: thephotolicious.com
Dengan confident doc amik test kat dahi. Demam sikit sangat tak berapa panas. Kalau betul denggi demam teruk dulu. Sambil sengih doc suruh nurse pelatih  bagi bekas kecik nk isi urine. Mujur cik ateh memang rasa nak tekucil haha..

Dah selesai, nurse amik urine masuk makmal. Tunggu kejap doc panggil. Ok Puan tahniah dari yang kita tengok di UTP ni puan pregnant, cumanya tak berapa jelas sebab dalam 5 minggu. Cik ateh ngan En Chenta blur. Laju je doc tu jabat salam ngan En Chenta.

En Chenta?? Sengih blur haha. Cik ateh senyap kejap. Pehtu siap cakap kira bleh caya ke ni doc? Doc cakap insyallah ada 70-80% awak hamil. Nak lagi kepastian cik boleh datang balik dalam masa 2 minggu kita scan terus..



Bangun pelan-pelan rasa duk fikir rasa nak gelak ke? Nak nangis ke? Cik ateh pandang En Chenta, dia senyum tak terkata apa.. Allahurabbi! Alhamdulillah.. tak tau nak cakap camne. Tapi bak kata En Chenta, kita jangan harap lagi tunggu lepas 2 minggu kita cek baru announce kat orang/family. Tapi meh kita tengok sape yang nak pecahkan ruyung dulu hihi… mulut gatal nak gitau, tapi sebab pegang amanah, cik ateh gigih buat karangan dalam blog ni. Takut terlepas cakap. Cik ateh sengih sorang-sorang baca cerita semalam hehe.

17.2.2014
#DalamOpisPegangTummy :p

Tuesday 1 July 2014

Episod Berpantang buat Mama :')

Assalamualaikum <3

Sedih dan emosi tu still ada lagi.
Tambah-tambah bila pikir anak sulong kami. :'(
Tapi kita ni sebagai hamba Allah, takkan nak lawan takdir.
Hadapi dengan lapang dada.
Solat mintak ditenangkan hati, akal & fikiran.
Lama-lama sindrom kemurungan tu dah berkurangan :)
Dia sebaik-baik pengaturcara. kita ni pelakon saje. 
Jangan nak merungut lebih-lebih.
Aturan dia lagi Baik!.
KITA FOLLOW YE SAYANG-SAYANG SEKALIAN :)

Syukur tempoh berpantang abis dengan baik.
Mak mentua jaga elok :)
Diberinya makanan yang berkhasiat. ubat-ubat kampung (air kunyit la, pati haruan la)
Balik kampung mak sendiri pulak bawak pegi jumpa bidan. Kena mengurut pulak.
Mak bekalkan segala jenis daun-daun untuk dibuat mandi, untuk bertungku.
Sambil tu ateh amik supplemen pantang SHAKLEE, macam yang dijanjikan ari tu. 
Alhamdulillah berkat berpantang dengan baik (kadang-kadang derhaka jugak :P)
Kembali sihat seperti biasa.

Simptom yang paling lama ateh rasa seram sejuk 1 badan. Dekat 2 bulan lebih rasa. Jarang balik keje ateh mandi sebab sejuk, takut kancing gigi. Husband la jadi bodyguradnya tak kasi mandi walaupun badan ni melekit-lekit seharian di opis.

Hmmm harap-harap ada rezki lagi buat kami berdua. nak cepat-cepat! hehehe 
amin!

Doakan Ateh ye sayang-sayang sekalian :')


Rezeki Ramadhan :)

Assalamulaikum <3

Dah lama rasanya ateh tak keudara :) bajet ada orang nak jenguk blog dia lettew :P 
Lepas nangis-nagis dengan entry lepas, langsung diam seribu bahasa. (bukan sekarang je, memang dari dulu macam gitu ateh ni... kata si bedah :P)

Banyak sungguh aktiviti perkara yang jadi sepanjang lepas berpantang.
Ada cerita masa berpantang. Bila semangat ateh cerita. hihi

Alhamdulillah tahun ni tahun pertama berpuasa bersama suami. :)
Rutin macam biasa bangun sahur 4.45 pagi, solat tahajjud kejap. Pehtu siapkan hidangan.
Lepas sahur, solat subuh mengaji. kadang-kadang tertidur, kadang-kadang idok juge. ihiks.

Sebelum nak belabun jauh ke lain, cerita pasal basuh baju, resepi sepanjang ramdhan, bukak posa dengan mentua bagai. Ada rahsia yang ateh gatal nak cerita. hehe

Tempoh berpantang banyak beri ateh pengalaman, Alhamdulillah dapat ikut dengan jayanya!

Berkat itu juga ateh dah dikurniakan lagi mengandung buat kali kedua... hihi *SUJUD SYUKUR
Sedih belum hilang lagi dah diganti dengan yang baru :D
Jangan kita menidakkan kuasa DIA. Hari-hari merintih berdoa agar diberikan peluang lagi, syukur sangat DOA diperkenankan :)

Berita gembiranya tahu sehari sebelum Ramadhan.. Gembiranya tak terkata hanya Allah Maha Mengetahui :)

Doakan ateh sihat eh, taknak dah jadi macam dulu.. :'(
Tacing bila bukak balik entry lama.

Sayang korang! (bajet retis :P)