Sunday 10 May 2015

Little Caliph :')

Assalamualaikum <3

Lamanya tak berbual bicara disini :)
Alhamdulillah ateh dah selamat menjadi MAMA.
Takde perkataan lain yang boleh diucap melainkan SYUKUR yang tak terhingga.
Maka sempurnalah kejadian seorang wanita bagi ateh. Merasa jadi anak-isteri-dan sekarang Mama :)
Bahagia? syukur amat bahagia! Penat tapi tak rasa. Teruja? amat teruja. :)

Hospital Serdang, Selangor
23/2/2015 (Isnin)
Seperti sedia maklum hari ni merupakan tarikh ateh kena warded. Sebelum operation esok hari.Pagi lagi dah siap segala, singgah sekejap di rumah abang,Putrajaya. Mak datang dari kampung nak tengok keadaan ateh. Buat semangat orang kata. Lepas tu terus ke Hospital Serdang. Sampai lebih kurang pukul 11 pagi lebih kurang. Selesai registration tunggu pulak nama kena panggil. Ya ampuunnn lama sungguh. Dalam pukul 1 lebih kurang nama kena panggil, masuk dalam tu ada berbilik-bilik.

Di suruhnya cek urine, tapi ateh cakap baru je kuar toilet sebab dah lama sangat tunggu. Mula tu memang taknak g toilet takut nama kena panggil, dah tau confirm dorang nak cek urine, tapi dah bejanggut menunggu, pundi kencing pun dah kebassss terus ateh g tau husband nak g toilet. Elok je masuk toilet nama kena panggil. Tak dapat la kan kaedahnya? hihi

Masuk je bilik tu, doc suruh baring cek jantung baby (CTG) tak silap namanya, yang ada tali pinggang ikat kat perut pehtu ada keluar pulak carta jantung baby. Kat situ boleh la dengar kuat kemain mesin ni dupdapdupdap bunyik jantung anak mama :') Lamaaa jugak dalam 20-30 minit kot, sampai terlena la jugak.

Lepastu, selesaikan urusan ngan doc. Ada pulak doktor gtau ateh terpaksa kena tunda operation esok sebab OT tengah renovation ke apa ntah? aircond rosak tak silap. If let say ateh teruskan jugak, nanti luka tak kering elok sebab ada bakteria, sebabnya kalau operate ni kena bilik sejuk. Ntah apa ntah lagi dorang bebel. Ateh pun pasrahlaa. Bukan apa kalau boleh nak selesaikan cepat-cepat. Malas dah nak fikir, biar takut ke tak datang sekali je, takde la berkali-kali haku nak rasa ye dak? hmmm

Menonong keluar, cite kat husband. Gayanya macam tak puas hati sebab dia dah apply cuti bagai. Maklumlah bank kan? payah kit.. Dalam 15min camtu nama kena panggil balik, Doktor yang bagi tarikh kt ateh tu bagitau ateh bleh teruskan jugak operation esok, kira guna OT yang lain (jauh skit dari wad) kira oklah tu. Legaaa rasa. Bukan apa tak sabar nak tau jantina & nak cium-cium baby :')

Keluar gtau husband. Sengih dia. hmmm dah macam drama swasta pulak. Masuk balik tekedek-kedek bawak perut, doktor terus bagi baju pink comel tu. Aik? kena pakai ke? Yelah.. boleh tukar sekarang puan, pehtu kena pulak cucuk kat tangan.Bab cucuk kat tangan ni punya berangin bukan apa, main sedaaapp je dia terus cucuk. Rasa tekejut nak jerit.ooii sakitlah!

Lepas tu ateh dipanggil pakar bius, dia nak terang segala proses operation esok. Katanya amik bius separuh lebih elok berbanding bius penuh. Tapi kalau terlalu takut kita bleh request bius penuh. Jarum sangatttt halus ala-ala halus rambut kita. Hmm ateh pasrah je masa ni. Ikutlah doktor yang mana terbaik buat saya. Dah selesai segala kena la bab menunggu katil.

Bab ni ya ampunnnn lama kemain. Sampai pukul 6 petang bau dapat katil! Nampak tak ramai ke tak ramai orang besalin kat Mesia ni :P Hmm dah ready nak masuk wad, dah siap gtau husband naik tingkat 5B, Bila naik barulah rasa hmmm nak kena tinggal dah jap lagi.

Dalam 7.30 ptg time melawat dah abis. Husband pun diarahkan balik. Sebaknya rasa time ni. Siap nangis. Takut kena tinggal. Mula rasa lonely. Sebak bercampur semua. Nasik yang husband beli pun tak larat nak makan. Jadi kenyang.. :'(

Ateh siap-siap mandi pegi solat maghrib & isya' . Rasa asing sangat. Rindu sangat dengan semua orang. Rasa nak balik je. Maklumlah tak pernah duk hospital. Nurse datang lagi buat CTG. Ateh diarahkan puasa start 12 malam ni. Husband wassap suruh makan. Ateh buat susu kambing + roti buat lapik perut. Pehtu buat-buat la tido. Tapi tak mau.. Baby kiri kanan nangis, maklumlah baru nak adapt dengan suasana baru. Hmmm

Jenuh pujuk mata, husband call sebak lagi... :'( dia pujuk suruh tido, esok nak tempoh hari yang panjang katanya. Ateh lelap la jugak. Tido-tido ayam. Elok nak lelap, nurse kejut nak buat CTG. Rasanya setiap 2 jam kot buat benda ni. Sampailah 5 pagi kena kejut, nurse suruh siap-siap.

continueee -----------------------------