Assalamualaikum <3
Seperti yang kita sendiri tau, terutamanya ibu-ibu yang pernah hamil & juga sedang hamil arif sangat tentang HB rendah bagai ni kan? Macam tu jugak dengan Ateh, mulanya dulu memang noob sungguh bab darah rendah bagai ni. Memang tak pandai langsung. Pernah jugak sebelum kahwin teringin nak derma darah tapi tak pernah lepas. Nurse tu cakap
"darah awk pun tak cukup ada hati nak derma." Ateh sengih tak paham.. Tapi idak la rajin sangat nak bertanya :P Teruk ngat aihh
Tapi yang ateh tau Nurse tu bagitahu paras darah ateh 90/50. Lagi la aku tak paham kan? kekeke Alih-alih dari nak derma darah kat orang, ateh plak kena masuk air dalam badan. huhu
Sindrom yang paling ketara ateh rasa:-
- Kaki mudah kebas
- Pening-pening macam gelap jap mata
- Simpul biawak aka tarik mengkarung.. hihi semua jenis nama binatang la nak kuar :P
Dah kahwin ni, masuk fasa nak jadi mak budak Ateh terus amik
Set Kehamilan Shaklee. Konsisten la amiknya. Masa baby dah masuk umur 7 minggu, terkedek-kedek la ateh dengan suami pegi klinik buat buku merah. Time ni memang tak paham apa, bab-bab darah ni lagi la kan.. Yang ateh tau nurse amik darah la, timbang la, macam-macam.
Rasa jugak nak bertanya sampai 2 kali amik darah kenapa? Baru la dia cakap nak cek tekanan darah ibu macammana.. Haaa ateh dengar kecut perut dah bila ingat darah sendiri memang duk sedia rendah :P
Dah settle semua check-up, bab doctor plak cek ateh. Doktor tengok.." Hmm darah puan cantik, teruskan maintain macam ni ye.. :) Kalau HB cantik insyallah takkan terganggu perkembangan bayi puan.. :) Puan ada amik apa-apa supplement ke di luar?" hihi tersengih-sengih nak jawab.. :P
Alhamdulillah paras Hb lawa.. ;) Harapnya biar sampai abis pregnant la kan.. Start dari situ baru ateh faham, istilah hb bagai ni.. hoho teruk betul :P
Balik rumah research la skit-skit apa kepentingan paras HB yang baik iaitu (>11g/dl) Haa meh sini ateh nak cerita skit.
Apa kepentingan HB (Hemoglobin) semasa hamil?
Kita baca ikut perkembangan bayi mengikut jangkamasa dalam kandungan.
1. Kandungan kurang dari 5 bulan (<20 minggu) Jika darah kurang pekat, jantung tidak terbentuk dengan sempurna & menyebabkan bayi gugur (nauzubillah) Tetapi jika jantung terbentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi akan mengalami kecacatan fizikal.. adeii takutnya.. Dan jika pembentukan sempurna tetapi darah cair ia akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat tetapi dilahirkan kurang pandai.
2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu) Waktu ini pembentukan bayi sudah sempurna, tetapi jika HB terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik & akhirnya membawa kepada kematian dalam kandungan.
3. Kandungan 7 bulan ke atas (28-40 minggu) Sifat bayi telah sempurna tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah. Jika terlalu cair/rendah (<9g/dl) jantung tidak kuat & ada risiko bayi mati dalam kandungan. Manakala jika jantung mampu bertahan, saiz bayi akan lebih kecil tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Kesan Hemoglobin (HB) pada ibu
- Ibu mudah letih
- Mengalami sesak nafas
- Pening-pening
- Rasa nak pitam
- Jantung bergerak laju (berdebar)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, & darah akan bertambah cair ini boleh membawa kepada risiko kematian iaitu terdapat kerosakan pada jantung, paru-paru, buah pinggang.
Apakah kaedah yang sesuai untuk atasi tahap HB?
Kalau di klinik doktor akan bekalkan vitamin tambah darah kaler merah tu. Yang peliknya bila ateh telan confirm tak sampai setengah jam ateh jadi pening lalat, pehtu diikuti muntah yang sangat dasyat. Dah muntah confirm kerja apa pun tak jadikan. Jadinya ateh ganti dengan Vita-lea shaklee yang termasuk dalam set kehamilan. Alhamdulillah paras HB cantik & normal.
Hmmm abis study. insaf terus ateh weiii... Tengah pregnant ni bab nak telan ubat kadang-kadang jadi masalah jugak. Tak bleh telan la, jadi malas la.. Maklumlah ada jasad lain dalam badan, Lepas abis baca ni, semangat ateh membuak-buak. Kena tepis rasa malas, loya bagai ni kan? demi anak & diri sendiri jugak. Jommm ber Vitalea jom!!
Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)
Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya