Tuesday 25 November 2014

Set kehamilan - Testimoni Sendiri

Assalamualaikum <3

Lemau semasa hamil? itu semua biasa. Tapi takkan nak biar terusss rasa lemau, loya, malas terus kuasai diri kita ye dak? Tambah-tambah buat ibu yang bekerja. Hidup mesti diteruskan. Tambahan anak makin membesar bagai juara. hehe

Ni testimoni ateh sendiri. Alhamdulillah bukan entry nak membodek. Cumanya just nak share pengalaman sendiri consume FULL SET PREGNANCY SHAKLEE. Syukur sangat semua berbaloi.
Kalau diikutkan sejarah keturunan keluarga dari mak ateh lagi bila bab pregnant. Alahan nya melampau-lampau. Termasuk la kedua-dua kakak ateh. Masa anak dara dulu, bila tengok dorang pregnant, ya ampun... kasihan banget. Itu tak boleh ini tak boleh. Sakit itu sakit ini. Pendek kata tak dapet den nak nolongnya. huuuu

Mula ateh terfikir diri sendiri plk, esok bila turn ateh apa la agaknya simptom ateh ye dak? Takkan sama jugak kot.. takut jugak.

Tapi Alhamdulillah Allah bagi mudah untuk ateh buat kedua-dua anak yang ateh kandung :') even yang sulong, hanya sempat 7 minggu, tapi langsung takde alahan. Yang kedua syukur dah masuk trimester ke 3, still ateh rasa bertenaga. Sebab tu badan bukan main naik hehe sampai berat kena pantau. Makan kemain banyak. Sebulan bleh cecah 4 kilo naik :P Haiii la nak, seleranyaaa hihi Husband? geleng kepala. kekeee

Klinik government macam-macam nasihat, siap suruh diet. weiii camne nak dietnya kalau dah lapar. Tapi bila ateh cek di swasta, doc just cakap it's normal. saya dulu lagi la 6 kilo sebulan. hahaha nak gelak. Doc cakap asalkan HB cantik, PARAS GULA normal, TEKANAN DARAH cun, insyallah semuanya takde masalah. Legaaaa sangat bila tau camtu.


Photo ni panas dari album, baru amik semalam, (baby 25weeks 2 days). Masa ateh bertugas di Parlimen, Malaysia. Dalam sibuk bertugas sempat posing hehe, just nak tunjuk ateh ceria, sihat takde problem apa-apa sepanjang pregnant dengan pengambilan yang konsisten SET KEHAMILAN SHAKLEE. Alhamdulillah, harapnya sihat sampai hari deliver, tak nak la ada apa-apa masalah. Dan moga untuk baby yang seterusnya ateh still sihat macam sekarang ni hehe.

Bak kata kakak ateh, kalau sihat je takde apa-apa alahan macam ni beranak sepuluh pun takpe.. hahaha kemainnnnnn

Nak sihat sepanjang hamil macam ateh? meh kita bisik, ateh share apa yang ateh consume. Selain untuk anak mak pun dapat bonus, dah takde masalah jerawat ke apa. Kulit pun makin cerah. :)

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya


Tuesday 18 November 2014

Keperluan AIR pada tubuh


Assalamualaikum <3




Hari ni ateh nak berkongsi tentang kepentingan air pada tubuh badan. Memang dari dulu dah diterapkan pengambilan air adalah sebanyak 3 liter/ 8-10 gelas sehari. Air sangat membantu dari segi keperluan enzim penghadaman makanan, pengaliran darah & peluh atau keringat yang sempurna.

Air akan menyeragamkan suhu badan kita dan membawa segala zat makanan yang diperlukan dikeseluruhan tubuh. Air juga amat penting juga untuk semua organ badan supaya proses didalam badan berfungsi dengan baik. Ibarat kata air sebagai pelincir bagi melancarkan segala proses, sebagaimana kereta pun memerlukan minyak untuk bergerak ye dak?

Yang lebih penting jika kita kekurangan air proses perkumuhan akan mudah terbantut dan akan menyebabkan sembelit yang berlarutan. Ia amat bahaya buat kita. Air membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan.

Tanda-tanda badan seseorang kurang air:-
  • Sakit kepala
  • Bibir kering
  • Berat badan bertambah
  • Sakit otot
  • Sembelit
  • Emosi tidak stabil
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Mudah penat

Antara tips yang boleh diamalkan buat yang takut sangat nak amalkan pengambilan air 3 liter sehari/8-10 gelas sehari. Tambah-tambah buat yang 1st time nak try supplement Shaklee, mesti tekejut sangat nak amalkan air yang cukup. Tapi bila air manis tak payah suruh. hehe



Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya

Monday 17 November 2014

Asma

Assalamualaikum <3

After lunch di opis, rasa nak berkongsi info tentang penyakit yang paling mudah dijangkiti buat si manja anda :) ASMA. bukan saja budak-budak, mak budak pun boleh terkena penyakit ni..

Asma merupakan penyakit keturunan ataupun bermula dengan demam selesema yang berpanjangan pada si anak akan menyebabkan terjadinya asma.

Ia merupakan penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, dimana salur pernafasan
  • menjadi sempit
  • merah
  • bengkak
  • lendir yang berlebihan
  • mudah terangsang (hypersensitive)
Faktor utama
  • Jangkitan virus pada sistem pernafasan
  • Perubahan cuaca
  • Alahan pada debunga , kulat dan binatang peliharaan
  • Emosi
  • Selesema berpanjangan
Gejala Utama terkena asma
  • Batuk
  • Batuk diwaktu malam (waktu tidur)
  • Rasa sesak nafas (berbunyi seperti wisel)
  • Rasa ketat dada
Jenis rawatan asma
    • Ubat pencegah  -Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan
    • Ubat Pelega     - Bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit
    • Ubat kawalan  - Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan & mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.
Bolehkah asma disembuhkan?

Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.

Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali dikemudian hari.

Omega Guard buat si penghidap Asma


Sempena Omega bulan November promo Shaklee, ateh amat suggest pada mana-mana customer untuk konsisten dengan Omega Guard. Omega Guard dapat membantu menangani penyakit asma. Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma "mild to moderate persistent asthma" yang mengambil supplemen Omega 3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan "emergency inhaler" sebanyak 31%. Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steriod itu.

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah pada asma, tetapi ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama sejak kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma yang kronik pula, pengambilan minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.
Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya


Friday 7 November 2014

Apa Kepentingan Supplement Pada Tubuh kita

Assalamualaikum <3

Everyday is a new chapter.
Mulakan dengan Bismillah :)


Bersiaran dari cottage puteh ateh ari ni.:) Alhamdulillah. Selesai tugas hakiki sebelum menjengah kedapur siapkan makan tengahari. Terpanggil ateh nak kongsi asbab & sebab utama pengambilan supplement aka vitamin pada tubuh kita.

Banyak orang berpendapat, kalau tak amik apa-apa supplement ok jee.. Takde hal pun. Tapi cuba kita duduk diam-diam fikir sejenak, agaknya kalau kita sakit even demam selesema pun sangat perlukan ubat untuk mengubati.Begitu jugak la dengan jalan-jalan yang lompong memang kena turap untuk dapatkan jalan yang cantik sepertimana jalan baru siapkan?

Makanya apabila kita mengamalkan apa-apa jenis supplement sekalipun akan ada kesan terhadap seseorang tu berbeza, kerana sistem badan kita tidak sama antara satu sama lain. Soalan biasa dari pelanggan adalah

"agaknya bila kesan saya boleh dapat bila amik shaklee?"

Jika anda sudah amalkan mana-mana supplement Shaklee tapi belum nampak kesannya. anda perlu tahu bahawa supplement Shalee bertindak membaiki sel badan kita dari dalam. Ia bertindak menutup lompang-lompang rosak dalam tubuh badan kita barulah badan akan rasa kesan positif diatas pengambilan.

Disebabkan itu kadang-kadang customer akan mengadu pening kepala, jerawat tumbuh, kerap kencing. Ini disebabkan oleh healing crisis terhadap badan seseorang. Healing crisis amat baik buat kita sebenarnya, ini menunjukkan supplement shaklee yang diambil bertindak balas dalam tubuh kita. Nasihat saya buat customer saya, teruskan pengambilan, jangan skip insyallah akan berhasil :)

Langkah yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan air yang mencukupi iaitu sebanyak 3 liter sehari dan juga pengambilan supplement mengikut jadual yang diberikan iaitu pastikan pengambilan supplemet mengikut panduan pemakanan yang betul.

Suka saya nak ingatkan Supplement Shaklee 100% semulajadi. Maka tak hairanlah akan ada orang yang kena healing crisis di awal pengambilan supplement. Apabila makan supplement akan merawat dari dalam, badan kita menyingkirkan toksin dari sel-sel badan untuk dikumuh keluar. Ia merupakan sebahagian proses rawatan. :)

Jadinya jangan risaulah jika terjadi healing crisis pada badan kita. :)

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya






Tuesday 4 November 2014

Kenapa Omega Guard Shaklee bukan jenama lain?

Assalamualaikum <3

Ateh nak berceloteh tentang Omega Guard Shaklee untuk info semua.


  • Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultra tulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molukel yang dapat memekatkan asid lemak Omega 3 paling tulen.
  • Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri dan lain-lain.
  • Kebanyakan brand lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan seperti plumbum, merkuri dan lain-lain.    (Info tambahan dari nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molukel, kalau ada pun hanya penyulingan 1X atau 2X sahaja.. Kenapa? Sebab penyulingan proprietari tiga molukel ini merupakan satu proses yang mahal. Shaklee sahaja yang melalui penyulingan 3X ini bagi memberikan yang terbaik buat pengguna.)
  • Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati mempunyai kandungan toksik yang tinggi.
  • Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam & berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis-jenis ikan & tahap merkurinya, ikan-ikan yang digunakan oleh Shaklee adalah ikan yang tahap merkurinya terendah. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi berbanding ikan lain. Ditambah dengan proses 3X penyulingan lagi. 
  • Omega Guard Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 yang diperlukan oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tidak mampu menghasilkan asid lemak & kita memerlukan Omega Guard Shaklee untuk proses metabolisme dan sebagainya. Jadi amat perlu bagi kita untuk mendapatkan makanan tambahan dari sumber makana & supplement.

Kajian juga telah membuktikan bahawa kepentingan Omega 3 terhadap badan kita merangkumi:
  • Fungsi otak
  • Mood
  • Kesihatan mata
  • Kesihatan jantung
  • Kesihatan kulit
  • Kesihatan paru-paru
  • Kesihatan sendi
  • Organ & tulang
  • Hormon
  • Inflamasi
  • Gula dalam darah



Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya

Omega Guard & Mummy to be

Assalamualaikum <3

Bersiaran kita di pagi yang sejuk-sejuk beku ni :)
Selesai tugas hakiki, marilah kita menjana ekonomi sendiri la pulak ye dak :)

Teringin nak berkongsi kebaikan & kelebihan Omega Guar dari Shaklee ni buat semua.
Sebabnya ateh start pengambilan Omega ni bila umur little qaliph dah cecah 2nd trimester :)
Teruja sebab kebaikan minyak ikan ni memang dari dulu lagi amat dekat dengan ateh & berkaitan kepada fungsi otak. Yakni mencerdaskan lagi pertumbuhan otak pada bayi dalam kandungan :)

Sebabnya start 2nd trimester otak bayi mula terbentuk. Jadinya benda WAJIB diambil sebab nak anak ni cerdikkkk cepat-cepat ateh locked order untuk little qaliph ni :) Mana tau bleh jadi budak bijak, boleh menghafal Alquran ye dak ;)

Antara kelebihan Omega buat Ibu Hamil :-


  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin
  • Membantu perkembangan memori janin
  • DHA yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf & retina janin
  • Bagi ibu pula dapat mengawal kolestrol dalam badan
  • Membantu ibu mengawal berat badan berlebihan secara semulajadi
  • Sistem imun tubuh berada dalam keadaan baik ibu jarang dijangkiti penyakit demam & selesema sepanjang kehamilan.




Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya



Air gula??

Assalamualaikum <3

Dah mengandung tua-tua ni besala macam-macam hal nak kena ikut. Ouh tua sangatkah? hihihi
Seperti yang pernah ateh ceritakan dulu. Masa mengandung ateh kuat makan. Makan berselera. pantang tengok makanan. Perut asyik lapar. haaaa kemain banyak situasi & olahan ayat tapi maksudnya masih sama :P

Checkup baru ni bertarikh 7/10/2014 bersamaan sehari selepas cuti raya haji. Haaa RAYA HAJI ye adik-adik. Raya. Hari meraikan hihi. Paham-paham la bila beraya di kampung halaman. Makanan? usah ditanya. segala mak ni ka. Bleh jumpa. Pantang sebut. siap! makanan depan mata. Segala sup tulang bagai ada. Penyudahnyaaaa jeng-jeng..

Checkup tersebut berlangsungnya. Timbang berat badan. Wallah! sebulan naik 3.5kg! Omai omaiiii ateh releks je actually. Bila jumpa nurse katanya kena minum air gula next week ye puan :P Haaa amik, takut risiko kencing manis katanya. aduiii Sedap ke idak?

Hari yang dijanjikan tiba.. Sebelum hari kejadiaan, bermula 10pm kena puasa. Esok pagi-pagi pukul 8pg kena minum air, then puasa 2 jam, amik darah lagi baru bleh makan etc.
Hmm nak dijadikan cerita. Hari kejadian semangat ateh nak merasa air gula ni. Sampai klinik tengok nurse suma macam kelam kabut. Tunggu punya la lama.. Bayangkan kelaparan yang ateh alami. Nak nangis suma ada. Alih2 pukul 10 baru bleh minum air gula. bayangkan!! kena pulak puasa 2 jam sebelum di ambil darah buat kali ke2. Lapaqqqq ya Allah! Rupa-rupanya ari tu dorang ada audit. Masing-masing mak buyong melepek tunngu turn. Sian sangat.

Bila sampai turn ateh minum air gula tu, ateh tengok masing-masing minum sikit-sikit.. merah-merah mata.. adoiii ateh cakap kalau aku layan gak macam dorang ni jawabnya bleh terjebak sekali la kan... ateh amik keputusan minum 1 nafas je. air suam-suam, pandang dinding. Gooooo. abis!!! terbeliak mata nurse tengok ateh. aik?? dah abis? ateh jawab DAHAGA :P hihi dah la kita lapar kan pegi plak minum air gula. huhhu Lepas tu mula rasa pening-pening lalat. Sendawa manissss Haiyoooo
Alhamdulillah tak muntah la.. Lepas 2 jam amik darah lagi, terus bleh balik. Dekat pukul 1 baru settle semua. Ingat nak masuk opis balik, tapi tak larat la rasa.. melepek je.. hmmm

Beli nasik bungkus, balik umah makan sikit je. Jadi macam lembik semacam rasa.. hmmm Serik pun ada tapi 2nd kena minum jugak bila baby dah 7 bulan. Harap-harap ateh bleh bertahan lagi. Demi baby..

Monday 3 November 2014

Hadiah Besday Paling Win!

Assalamualaikum <3

Lamanya ateh tak jengah blog ni kan?
Lamanyaaaa tak berceloteh kat sini.

Dah 5 bulan berehat dirumah, melayan morning sickness bagai.
Akhirnya Alhamdulillah dapat kerja di KDN,Putrajaya :)

Biasalah baru nak rasa kerja semula, tambah dengan keadaan perut makin besar. Letihnya bukan main... Mengeras sesaja little qaliph dalam perut ni. Doc cakap sebab dia letih. Dia mengeras. macam protes lagaknya. hihihi Hai la anak... rindu sangat papa, mama sama kamu <3 Tak sabarrrrrr nak ketemu.

26/10/2014 lepas Besday ateh :)

Alhamdulillah dengan pertambahan usia moga ditingkatkan lagi segala amalan :)
Teruja tahun ni bergelar isteri buat suami yang rajin sangat tersenyum manis :)
Sangat memahami. Juga bakal bergelar mama buat anak dalam kandungan
Bertambah bahagia hendaknya :D

Nikmat apa lagi yang nak dicari melainkan kebahagiaan dalam melayari kehidupan seharian.
Even tak semewah mana, tapi cukup makan pakai dah memadai buat ateh. :)

Hadiah dari suami tahun ni sepasang jubah nursing hihi saje ateh request camtu sebab nak pakai lama. Sok dah ada baby senang nak breastfeed. Hmm fikir jauh. Dari awal dah fikir nak fully breastfeed baby InsyaAllah moga tercapai cita-cita. Salah satu sebab mintak jubah kerana semua stok baju yang ada abis dah tak muat. huhu tambah-tambah makin bulat dah mama ni :P Baby makin aktif & perut makin kedepan hihihi

Bak kata husband dari jauh nampak jalan kedek-kedek. Ateh tambah "macam peguin kan syg" haha sendiri yang rasa camtu. Tapi rasa bahagia. Tak kecik hati pun bila tengok badan makin bulat. Anak mama makan kuat.

Dan lagi satu hadiah dari Master Shaklee sendiri. hehe yang ni memang tak sangka sebab tak pernah ketemu pun idola ateh ni. Semangat dia kuat. Teruja sangat.

Actually semalam ateh baru terima barang dari pos laju. Pelik jugak dari minggu lepas ada pos laju tinggalkan note dalam post box sebab ateh takde kat umah. Bila fikir balik rasanya takde plak ateh order online apa-apa minggu lepas. Husband dah jeling sebab dia tau penyakit suka order bininya susah nak dibendung hihi.

Semalam time lunch suh husband g amik barang tu dekat pos opis nak tau jugak ape benda la agaknya ye dak? tak sabarrrr kot. Alih-alih bukak sampul tengok ada kad besday & hadiah dari Master Cery Mamafaiz hihi terujaaaa sangat. Tua-tua dapat lagi hadiah. Bukan senang nak dapat dari Master ye dak?

Rasa makin semangat nak share Shaklee camni sebab motonya tu ateh tak tahan
 "Any One Can Be Millionare"

Malam tadi tido pun senyum-senyum sebab tak caya hihi.

Insyallah muda-mudahan ateh makin semangat nak share segala kebaikan Shaklee ^^