Wednesday 21 January 2015

BabyMoon - Cameron Highlands

Assalamualaikum <3

Alhamdulillah dah mencecah 33 weeks anak mama dalam rahim <3
Rasa rindu, rasa excited, takut semua ada nak sambut orang baru ;)
Papa pun macamtu jugak, sambil bawak kete pun usap-usap perut mama
"Assalamualikum anak papa..." "baby buat apa tu.."hehe 
Moga kebahagiaan milik kita bertiga <3

Jumaat lepas (16/1/2015) sempat la buat plan tergempak dengan husband. Nak jalan-jalan berdua sebelum ada baby. Bak kata doc ateh "sementara larat lagi pegila melancong mana-mana sebelum korang berdua jadi ZOMBIE" hahaha kelakar!!

Kitaorang decide tempat sejuk-sejuk, pergi Cameron Highlands je. otw terus bleh balik kampung ateh. Alang-alang dah 1 jalan kan. Lagipun husband cakap balik last sebelum deliver. So, amik la cuti sampai isnin.

Kebetulan jumaat tu ateh ada checkup/scan baby di KK, ada masalah uri bawah. Lepas settle semua, lunch. Terus pecut ke CH. Family semua taktau, saje nak kasi surprise.hihi Dah sampai sana baru gatal tangan share location :P Kejam tak kejam, masing-masing jelessssss hehe

So sampai diCH pun dah lewat petang lebih kurang 6pm, terus cari hotel. Mulanya nak cari budget hotel je, memandangkan kitaorang datang lewat. Tapi bila fikir, babymoon kot.. Apa salahnya spend lebih skit, lagipun dah lama tak jalan-jalan berdua lepas honeymoon Bali lepas kawin hari tu. So, decide hotel bawah RM200.

Jadinya, otw ke Brinchang terjumpa hotel Copthorne,Cameron Highland. Tanya rate semua. Alhamdullilah within budget :) Terus check in. Tengok keadaan hotel semua ok, kira taraf 4 bintang. Not bad. Amik hill view, so bleh nampak bukit-bukit. Indahnya pemandangan :)

Lepas check in, tengok keadaan bilik semua, terus jalan-jalan amik udara sejuk. Husband nak minum teh, terus ke Cameron Bharat tapi bila sampai kedai semua dah tutup. Yela, hari dah makin gelap & kedai pun tutup jam 7 ptg. So, patah balik ke Tanah rata utk makan malam. Otw balik ke hotel husband nak makan strawberry, singgah kejap di pasar Brinchang beli strawberi fres & strawberi coklat & cucur ubi yang ateh suka tu. ;)
Balik hotel, mandi- solat sume then zzzzz

Esok pagi bekfast di hotel, kemainnnn banyak la laki bini ni makan. haha Macam tak kenyang2 taktau la nape. :P Ateh perhatikan, bukan ateh je, cina kat sebelah pun asyik menambah je kejenya. hihihi agaknya sebab suasana sejuk kot pagi-pagi ni. hihi

After that, jalan-jalan di Lavender,CH. cuci mata sementara nak check out. Rugi la kalau kuar awal kan. Pusing-pusing tengok lavender sampai 10.30pg, ada bekenan kat patung kaler purple tu tapi if let say baby girl nak jugak ateh & hubby nak rembat sekor. Tapi taktau gender ni kan, hmmm pendamkan saja.

Lepas tu terus balik hotel, mandi siap-siap terus check out.

Tempat 1st yang kitaorang jelajah adalah strawberry big red farm (ye ke dak tajuk tempat ni. lupa dah) Kat situ memang ateh nak pegi sangat sebab baby nak makan strwaberry puas2. Biar berak poo poo kuar strawberry :P Puas hati dapat. eheh after that minum teh di Cameron Bharat sambil makan scone. Feeling ala2 omputeh kata kau! :P Sambil duk bincang ingat terus nak ke Sg. palas Tea Boh, tapi bila memekir jalan yang agak menyeramkan bagi ateh. Maybe pembawakan baby kot, ateh jadi seriyau. Terus cancel, len kali la plak ye dak.

Tukar plan, pusing-pusing Kg Taman sedia, saje layan view & solat di situ. lepas tu terus ke Kea farm, shopping jagung,strawberry etc buat buah tangan utk family. lepas tu terus turun nak balik ke Pantai Remis pulak :) Saje taknak tunggu pasar malam, sebabnya lebih kurang je ateh rasa Kea Farm dengan pasar malam Brinchang tu. Lagipun, tak berani la nak turun malam-malam dengan jalan selekoh-selekoh ni kan. Jadi apa-apa kanggg dah la bawak mak buyung.. huhuu

Conclusionnya. Puas hati. Husband cakap nak pegi lagi tapi nanti taknak jalan-jalan. Nak memerap di hotel je, nak layan sejukkkk hahaha bleh camtu? takkan ateh nak biarkan?? :P

No comments:

Post a Comment