Monday 29 September 2014

Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum <3


Satu kecintaan yang baru, baruuuu je berkenalan sejak jadi preggy mommy ni. Sebab nak sangat bertaaruf dengan cik Oste ni bukan apa, dah kaji segala khasiat baru la tekedek-kedek nak bekawan dengan dia.Ateh dah pernah cerita last entry pasal simptom ateh bila masuk 2nd trimester ni. Dan Alhamdulillah ateh dah pun try berkawan baik dengan dia ni.. hehe Nak tau apa yang syokkk sangat?

Apa Itu Ostematrix?
Ostematrix telah terbukti secara klinikal menyediakan matriks nutrien penting bagi membina & mengekalkan tulang & gigi yang kuat.

Apakah Khasiat yang boleh didapati dengan pengambilan Ostematrix Shaklee?

  • Membina tulang & gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot & pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut(PMS), kembung perut (Bloating), kekejangan (Cramps) retensi air (water retention) mudah marah(irritability) & kemurungan (moodiness)
  • Membantu proses penyimpanan & pelepasan sesetengah hormon
  • Membantu perkembangan tubuh badan normal
  • Merendahkan kandungan fostat bagi mereka yang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik.
Kandungan Ostematrix
  • 1,000 mg(100% DV) unsur kalsium daripada sumbersemulajadi yang pekat & mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu mengggabungkan kalsium ke dalam tulang & menguatkan 
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Siapa yang memerlukan Ostematrix?
  • Anda kerap keletihan
  • Sentiasa kebas & cramp anggota badan (terutamanya ibu hamil)
  • Mengalami sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut & sendi (ibu hamil & orang tua)
  • Masalah buasir & sembelit (ibu hamil & berpantang)
  • Migrain & kerap sakit kepala
  • Masalah gigi yang rapuh & mudah patah

Mengapa ateh semangat nak amik Ostematrix ni? 

Selain dari memang termasuk dalam set lengkap hamil Shaklee, Oste jugak untuk sesiapa yang allergic dengan susu macam ateh ni la.. Ateh memang tak suka susu dari dulu lagi.. Esp boleh lagi,sebab diperbuat dari soya non-gmo. Tapi masa tau pregnant ari tu, husband beli susu ibu mengandung, memang tak abis-abis lagi sampai sekarang.. huuu  Untuk susu kambing ok la jugak, boleh masuk..hihi macam-macam anak mama ni.. Bukan sekarang ja ateh tak suka, tapi dari dulu lepas putus minum botol terus taknak. Kalau terpaksa jugak ateh beli yang perisa coklat. Itu ateh bleh telan.. heheh macam budak-budak :P Lagi 1, bila dah preganant ni ateh kerap sakit- sakit badan, macam yang ateh cerita hari tu. Ateh kerap juga rasa kebas-kebas kaki. Cramp tu ada jugak bila sejuk sangat. So, sebagai langkah pencegahan ateh pun try Ostematrix ni.. Alhamdulillah ia sangat sesuai ;) Nak buang pagi-pagi pun best! No more sembelit bagai hihi

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545

Friday 26 September 2014

Set Resdung Shaklee - Testimoni sendiri

Assalamualaikum <3

Ateh tertarik nak share betapa bahayanya RESDUNG pada kita. Ateh sendiri pernah mengalami resdung yang agak serius, Alhamdulillah resdung ateh seolah-olah dah hilang entah kemana, ateh sendiri pun tak perasan :) Dan sekarang ateh tengah merawat husband ateh sendiri kerana dia menghidap resdung yang agak teruk. alhamdulillah resdungnya makin berkurang terutamanya bersin & juga berdengkur waktu tidur. :)


Apa itu resdung?

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung & rongga disekelilingnya. Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius.

Antara tanda-tanda resdung adalah:-
  • Bersin di waktu pagi / cuaca sejuk
  • Tidur berdengkur
  • Sakit kepala / migrain
  • Hidung tersumbat
  • Gatal-gatal pada mata & hidung
  • Hidung berhingus/tersumbat
  • Kelemumur yang berterusan walaupun bermacam syampu yang telah digunakan.
  • Alah pada habuk
Resdung juga dikenali sebagai 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya.Antaranya adalah kanak-kanak, ia boleh menyebabkan jangkitan sellulitis & darah merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa pula, boleh menyebabkan nanah pada sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung & akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi tebal & boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Seperti yang ateh bagitahu tadi, dulu ateh merupakan antara penghidap resdung yang teruk. Ateh selalu alami gatal-gatal yang dasyat di kawasan hidung, mata & telinga. Jerawat jangan ditanya lepas 1,1 keluar macam diletak baja. Selesema yang sangat lama hingga kadang-kadang berterusan hingga 2 bulan! Migrain yang teruk, pounstan sentiasa ada buat bekalan. Bila makan sambal belacan confirm 10 minit lepas tu mula nak menggaru, tapi resdung bukan bleh garu sebabnya dia gatal didalam bukan luaran.

Ada juga ateh cuba cara tradisional macam guna rokok yang asapkan di kawasan muka, telinga. Kalau dikampung suka sangat buat, nak-nak lagi bila ramai-ramai balik. hihi beratur amik no. :P Adik beradik ramai kan.. Ada yang sesuai & ada yang tidak. Tapi mungkin untuk ateh ia tak sesuai, ateh cepat lemas sebab asap & jugak lepas tu ateh akan bertambah gatal. Mula la cotton buds jadi peneman tidur. Hmmm dasyatkan penangan resdung ateh.

Secara tak langsung ateh tak sedar yang ateh dah merawat diri ateh sediri dengan pengambilan Shaklee. Ateh amik bukan sebab nak hilangkan resdung tapi amik sebab nak berseri bagai masa nak kawin tempoh hari. Secara tak sengaja baru ateh perasan yang ateh dah tak alami simptom resdung dah! hehe alhamdulillah.. Ateh sedari bila tengok husband asyik bersin yang amat kuat :P & juga mudah sangat terkena selsema even berhabuk sikit. Hmm ateh terfikir, eh dah lama ateh tak kena benda-benda ni semua kan..

Bila ateh kaji rupanya ateh dah pun ubati simptom ateh ni secara tak sengaja. Sebabnya dalam set resdung Shaklee rangkaian supplemen yang perlu di ambil adalah B COMPLEX, VITAMIN C & ALFALFA. hmmm hihi semua benda ni ateh memang amik untuk kecantikan & betulkan hormon wanita. Rupa-rupanya penyakit lain pun berjangkit sama. ALHAMDULILLAH :)

Sekarang ni memang ateh tengah bersungguh nak sihatkan husband ateh pulak. Yela kan apa pun family 1st, sebab benda elok ateh terpanggil nak share testimoni ateh sendiri. ateh sangat berpuas hati dengan set resdung ni :)


Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya





 

Thursday 25 September 2014

Pentingkah Vitamin C Buat Ibu Hamil

Assalamualaikum <3

Bersiaran lagi kita.. hihi Lunch apa agaknya tadikan? lemau tak rasa? Sebelum makan amik buah tak? Hmmm biasakan diri amik buah sebelum makan, Insyallah sistem pencernaan kita lancar selain boleh berdiet sebabnya dah kenyang makan sepotong 2 buah.. :) Tips ni tips :)

If dah amik buah, buah apa yang cik puan semua ambil? jambu?Oren? hmm agak-agak malas nak makan buah, apa kata telan vitamin C shaklee ni.. Korang nak tau sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji oren segar! Haa ko mampu nak telan sampai 7 biji sehari? hihi Bagi ateh kacang je ateh bleh telan 14 biji sehari!! haaa tekojut tak? hihi Sebabnya ateh amalkan 2 biji vitamin C sepanjang masa. Tambah pregnant lady. Nak anak kulit cantik. Maknya pun nak tumpang jugak ;)

1 botol bersamaan 180 tabs * dengan 7biji oren=1260biji oren.. ko mampu nak baham suma tu? hihi

Ini la rupa bentuk Vitamin Cantik kecintaan hatiku <3
Apa la hebat sangat Vitamin C ni kan? Untuk ateh sendiri bila tak sedap badan ateh amik terus 2 biji, dekat husband pun macam tu jugak tambah dia pengidap resdung. Pantang berhabuk skit siap la bersin nya 2 kilometer bleh dengar :P Sorry syg overclaim sgt ni hihi

Kepentingan Vitamin C buat Ibu Hamil

Vitamin C dikenali sebagai asid askorbik, ia adalah penting untuk pembaikan tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang & pembaikan kulit yang sihat. Vitamin C juga membantu melawan jangkitan badan & berindak sebagai antioksidan melindungi sel-sel dari kerosakan.

Ibu & bayi amat memerlukan vitamin C setiap hari bagi pembentukan kolagen, struktur protien yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang & kulit. Berdasarkan kajian, bagi sesetengah penyelidik mempercayai bahawa kekurangan vitamin C dalam bayi yang baru dilahirkan boleh menjejaskan pertumbuhan mental.

Bolehkah Ibu hamil tidak mengambil Vitamin C

Boleh, tetapi ibu-ibu kena pastikan makanan yang diambil setiap hari cukup khasiatnya & mempunyai vitamin C yang tinggi. Atau pun meminum segelas oren setiap pagi. Tapi mampukah kita? Dengan bekejaran ke ofis setiap hari, tak sempat rasanya. Bagi ateh sangat selesa memilih vitamin semulajadi dari Shaklee ni. Alhamdulillah so far semuanya ok & pelawas juga ketika hamil ni. Mana taknya sebiji vitamin C dah bersamaan 7 biji oren segar ;) Dekat situ kita dah boleh berjimat shopping buah-buah kan.. :)

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya


Tuesday 23 September 2014

Sensitifnya Si ibu hamil

Assalamualaikum <3

Sensitif dengan ateh bleh dikatakan agak ewwww!
Masa dulu la... huuuuu
Tapi bila nak tukar profession ni kemain menjadi-jadi.
Hormon kemain melambung-lambung bertukar.
Pantang salah sikit. Merambu air mata. Hairan sungguh la.. hihi



Bila episod nangis dah abis, esok pagi bila teringat balik. Apa ke teruknya perangai ang ni.. hahah
Gelak sorang-sorang. Mangsa perang sapa? Confirm la si Suami nun... :P
Bukan men perang suara ke hapa, cumanya perang diam tak berkata. Rela senyap tak bercakap. Si suami la duk pujuk-pujuk cari jalan nak borak. Tapi NO,NO,NO hati tengah panas rela berdiam diri.
huhu Bila fikir sian la suami aku ni.. Berdosa ya Allah.. hmm Tapi nak buat camna? emosi melebihi segala..

Bila difikir dengan akal waras. Sian la laki aku ni kan.. Alhamdulillah mujur la dia takde berang-berang bagai, dia cool je.. Yang kita ni plak panasssss hahaha :P


Vitalea baik untuk cegah HB rendah

Assalamualaikum <3

Seperti yang kita sendiri tau, terutamanya ibu-ibu yang pernah hamil & juga sedang hamil arif sangat tentang HB rendah bagai ni kan? Macam tu jugak dengan Ateh, mulanya dulu memang noob sungguh bab darah rendah bagai ni. Memang tak pandai langsung. Pernah jugak sebelum kahwin teringin nak derma darah tapi tak pernah lepas. Nurse tu cakap "darah awk pun tak cukup ada hati nak derma." Ateh sengih tak paham.. Tapi idak la rajin sangat nak bertanya :P Teruk ngat aihh

Tapi yang ateh tau Nurse tu bagitahu paras darah ateh 90/50. Lagi la aku tak paham kan? kekeke Alih-alih dari nak derma darah kat orang, ateh plak kena masuk air dalam badan. huhu

Sindrom yang paling ketara ateh rasa:-

  • Kaki mudah kebas
  • Pening-pening macam gelap jap mata
  • Simpul biawak aka tarik mengkarung.. hihi semua jenis nama binatang la nak kuar :P
Dah kahwin ni, masuk fasa nak jadi mak budak Ateh terus amik Set Kehamilan Shaklee. Konsisten la amiknya. Masa baby dah masuk umur 7 minggu, terkedek-kedek la ateh dengan suami pegi klinik buat buku merah. Time ni memang tak paham apa, bab-bab darah ni lagi la kan.. Yang ateh tau nurse amik darah la, timbang la, macam-macam.


Rasa jugak nak bertanya sampai 2 kali amik darah kenapa? Baru la dia cakap nak cek tekanan darah ibu macammana.. Haaa ateh dengar kecut perut dah bila ingat darah sendiri memang duk sedia rendah :P

Dah settle semua check-up, bab doctor plak cek ateh. Doktor tengok.." Hmm darah puan cantik, teruskan maintain macam ni ye.. :) Kalau HB cantik insyallah takkan terganggu perkembangan bayi puan.. :) Puan ada amik apa-apa supplement ke di luar?" hihi tersengih-sengih nak jawab.. :P

Alhamdulillah paras Hb lawa.. ;) Harapnya biar sampai abis pregnant la kan.. Start dari situ baru ateh faham, istilah hb bagai ni.. hoho teruk betul :P

Balik rumah research la skit-skit apa kepentingan paras HB yang baik iaitu (>11g/dl) Haa meh sini ateh nak cerita skit.

Apa kepentingan HB (Hemoglobin) semasa hamil?

Kita baca ikut perkembangan bayi mengikut jangkamasa dalam kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bulan (<20 minggu) Jika darah kurang pekat, jantung tidak terbentuk dengan sempurna & menyebabkan bayi gugur (nauzubillah) Tetapi jika jantung terbentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi akan mengalami kecacatan fizikal.. adeii takutnya.. Dan jika pembentukan sempurna tetapi darah cair ia akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat tetapi dilahirkan kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu) Waktu ini pembentukan bayi sudah sempurna, tetapi jika HB terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik & akhirnya membawa kepada kematian dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas (28-40 minggu) Sifat bayi telah sempurna tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah. Jika terlalu cair/rendah (<9g/dl) jantung tidak kuat & ada risiko bayi mati dalam kandungan. Manakala jika jantung mampu bertahan, saiz bayi akan lebih kecil tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Kesan Hemoglobin (HB) pada ibu
  • Ibu mudah letih
  • Mengalami sesak nafas
  • Pening-pening
  • Rasa nak pitam
  • Jantung bergerak laju (berdebar)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, & darah akan bertambah cair ini boleh membawa kepada risiko kematian iaitu terdapat kerosakan pada jantung, paru-paru, buah pinggang.

Apakah kaedah yang sesuai untuk atasi tahap HB?

Kalau di klinik doktor akan bekalkan vitamin tambah darah kaler merah tu. Yang peliknya bila ateh telan confirm tak sampai setengah jam ateh jadi pening lalat, pehtu diikuti muntah yang sangat dasyat. Dah muntah confirm kerja apa pun tak jadikan. Jadinya ateh ganti dengan Vita-lea shaklee yang termasuk dalam set kehamilan. Alhamdulillah paras HB cantik & normal. 

Hmmm abis study. insaf terus ateh weiii... Tengah pregnant ni bab nak telan ubat kadang-kadang jadi masalah jugak. Tak bleh telan la, jadi malas la.. Maklumlah ada jasad lain dalam badan, Lepas abis baca ni, semangat ateh membuak-buak. Kena tepis rasa malas, loya bagai ni kan? demi anak & diri sendiri jugak. Jommm ber Vitalea jom!!




Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya

# Anda mungkin meminati Vitalea Vitamin Lengkap

Monday 22 September 2014

Vitalea & AJHT bekalan Mak dikampung

Assalamualaikum <3

Minggu lepas berpeluang balik kampung. Alohhh bestnya! Kadang bukan ada apa pun, cuma kita rasa release tension bila sampai kampung halaman ni. Perasaan orang ada kampung je tau bab ni kan? hihi Bab makan tu usah di tanya hihi. Tambah keadaan sekarang ni sebut saja, siap la semua hihi bestnya mak buyong mengembang.. kekeke

Mak ada bagitahu. "Vitamin hat ang beli kat mak aritu dah abis.. 2,2 dah abis.." Alohh sian mak kami.. :( "Awat baru habaq.. hihi Takpa sok Anje beli naa.. (Anje panggilan manja family, toksah byk tanya naa, tampaq satgi :P)

Ni la vitamin kecintaan Mak <3

Feedback mak ateh sendiri dengan 2 vitamin ni sangat best! Mak makan hat AJHT tu dah bleh kayuh basikal dengan laju.. Dia ada geng pegi mengaji dekat masjid, So selalunya suka konvoi ramai-ramai nek basikal. Mak ateh memang ratu pecut macam anak dia dulu... hihi

Yang Vitalea mak cakap, badan cepat peluh, rasa sihat.. Bab kayuh basikal 1 bab, Lagi 1 bab mak ateh suka sapu sampah, mencakar sampah, mengcangkul bagai pendek kata bukan jenis duk senyap-senyap. Dia rimas. hihi Yang rasa lega sangat Mak ateh dengaq cakap,Ateh cakap kena minum air banyak bila amik vitamin ni. So, takda masalah vitamin nak proses dalam badan. :) Good Girl mum! hehe

Haa hat duk sebelah ateh tula mommy tersayang, yang masih kuat sampai sekarang.. Alhamdulillah dah masuk 66tahun tapi masih cargas kayuh basikal. leb u Mom <3

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya

# Anda mungkin meminati Vitalea Vitamin Lengkap
# Mungkin juga meminati Advanced Joint Health Tablet



Advance Joint Health Tablet

Assalamualaikum <3

AJHT - Memang sangat superb!
Hmmm sebut bab AJHT ni memang ateh sangat teruja, sebabnya MAK ateh merupakan pengguna tegar ;) Apa-apa kita nak tengok mak sihat dulu ye dak ;) Tambah-tambah umur dah melewati warga emas lagi laaa kita risau, tambah lagi arwah abah pun dah takda.. Lagilaaa kita fikir. Tempat anak-anak la dia nak bergantung harap. Alfatihah buat Abah

Alhamdulillah sakit lutut mak dah makin berkurang. Mak makin cergas syukur sangat :D
Mak seronok nek turun tangga, kayuh basikal bagai hehe

Meh kita study skit apa yang ateh teruja sampai mak sendiri jadi testimoni ni kan?

AJHT Shaklee mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung & nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan & Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi & pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat yang dapat akan memanfaatkan kesihatan sendi seperti berikut:-

  • Menyokong keselesaan sendi
  • Membantu mengekalkan tulang rawan
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat

Hmm memang sangat bersesuaian untuk dihadiahkan buat mak ayah di kampung :) 1 botol bertahan hingga 2 bulan dengan pengambilan hanya sehari 1 biji selepas makan :) Jimat tak? dan semestinya sangat berbaloi :)

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545

COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya




Vitalea Vitamin Lengkap

Assalamualaikum <3

Pagi ni Ateh terpanggil nak share tentang kebaikan pengambilan Vitalea. Actually macam takde idea, tapi semangat jugak nak share benda best! Belek-belek buku product guide, terbukak terus halaman Vitalea :) Terus tinggg! idea heheh Sebabnya ateh pun amalkan vitalea ni sepanjang pregnant & tak lupa jugak untuk mak di kampung :)

Haa ni adalah bukti penemuan multivitamin pertama dunia. hebat tak?

Kalau adik-adik nak tau, Tun Dr Mahathir sendiri pun mengamalkan vita-lea ni hingga sekarang. Dengan kuasa Allah jugak Alhamdulillah dia sihat hingga kini. :) Bijak pandai plak tu kan?

Vitalea merupakan Multivitamin & Multi mineral yang hebat. Ia merupakan supplemen seimbang & paling komprehensif didalam sains Shaklee yang mampu anda miliki. Vita-lea diformulasikan khusus dngan 28 vitamin & mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Apakah kesan pengambilan Vita-lea secara konsisten?

  • Meningkatkan kesihatan & kecergasan menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus & kesihatan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang & sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.
  • Membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian.
  • Melindungi kesihatan jantung, otot & fungsi saraf
  • Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon & prostat
  • Menyokong pembinaan tulang yang kuat & kesihatan tulang
  • Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat & bertenaga
  • Mengekalkan tekanan darah yang normal & rentak jantung yang normal
  • Mencegah penyakit beguk (tirod)
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia ( amat diperlukan oleh ibu hamil, ibu dalam pantang & ibu yang menyusukan anak
  • Membantu memulihkan selera makan & melancarkan proses pencernaa
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  • Membantu seimbangkan hormon & bahan kimia dalam badan
  • Membantu penyerapan zat dari makanan
Uiii kemain banyak segala kebaikan. Hmm dah namanya MULTI kan, abis semua dia sapu bersih! hihi Buat yang bajet ciput, better amik multi-vitamin lengkap ini. Kesihatan terjaga itu yang syokya! 


Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya


Friday 19 September 2014

Kesan Kekurangan Collagen pada Tubuh

Assalamualaikum <3

Pagi ni ateh nak share 1 artikel yang ateh baca pagi ni berkenaan "Apakah kesannya jika kurang kolagen dalm tubuh badan kita" . Meh sini ateh nak share ilmu yang ateh dapat buat pedoman buat kita. ceewah pedoman bagai. Over mak tau.. hihi



Selepas kita berumur 25 tahun, akan ada pengurangan collagen dalam badan sebanyak 1.5% pada setiap tahun. Biasanya dirasai selepas 10 tahun kemudian. Selepas berumur 45-50 tahun pengurangan colagen hampir separuh dari colagen yang ada. Sebab itulah warga emas lebih cenderung berkulit kedut disebabkan hilangnya colagen dalam badan mereka.

Oleh itu kebanyakan wanita yang mementingkan penjagaan kesihatan & kecantikan mereka mengambil colagen diawal 20-an lagi bagi mengekalkan colagen dalam badan untuk keanjalan kulit serta kesihatan yang berpanjangan. Kehilangan colagen yang banyak boleh menyebabkan pelbagai penyakit diantaranya adalah osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis.



Tanda-tanda pengurangan Colagen dalam badan:-

  • Kulit kusam
  • Tidak bermaya
  • Tiada seri pada wajah
  • Kulit berkedut & kasar
  • Pigmentasi kulit
  • Cepat letih & lesu
  • Sakit badan & sendi 

Haaa banyakkan kesan sampingan bila kurangnya collagen dalam badan kita. adoiii jom amik 1 paket sehari Collagen Powder Shaklee bantu atasi kurangnya colagen dimasa depan!

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya





Wednesday 17 September 2014

B-complex & Segala kelebihannya

Assalamualaikum <3

B-Complex supplement wajib Ateh amik dari sebelum kawin hinggalah sekarang ni. Banyak sangat kelebihan yang Ateh dapat dari sebiji vitamin kuning ni. Ateh anggap macam vitamin ajaib! hehe Yelah bila 1st time kita amik, bila kita shee shee air tu tukar kaler kuning. Haaa tekejut mak tau masa mula-mula amik dulu.. Sekarang ni alah bisa tegal biasa. Cukup air dalam badan, air tu jernih sangat. Pentingnya air dalam badan.

Apa itu B-Complex??

B-Complex adalah gabungan dari beberapa vitamin larut air. (that's why shee shee kita kaler kuning) Terdapat beberapa komponen B complex antaranya adalah:-

*B1 (thiamin)
*B2 (riboflovin)
*B3 (niacin)
*B5
*B6 (pyridoxine)
*B12 (cobalamine)
*Acid folic
*Asid panthothenic
*Biotin

Setiap komponen vitamin yang ada dalam B-Complex mempunyai fungsi yang tersendiri untuk memberi kesihatan yang optimum pada sesiapa yang mengambilnya. Ia juga membantu dalm fungsi sistem pertahanan tubuh & saraf yang sihat juga membantu penghasilan sel darah merah bagi mencegah anemia.





Kelebihan B-Complex
  • Menukarkan makanan kepada tenaga - Diet
  • Anti stress, tekanan, kemurungan, insomnia
  • Membantu menghilangkan risiko kerekahan mulut
  • Membantu menghilangkan masalah kulit kepala & rambut
  • Membantu tingkat pembentukan darah merah yang sihat
  •  Mengurangkan sakit kepala & keletihan
  • Membantu mengurangkan keletihan mata
  • Membantu mengurangkan masalah PMS
  • Membantu meredakan alahan (mual)
  • Pengambilan asid folic kepada wanita hamil menunjukkan pengurangan risiko kecacatan otak & saraf tunjang pada bayi.

Adakah B-complex juga sesuai untuk kanak-kanak?
Ya! Amat sesuai untuk kanak-kanak antaranya adalah:-

  • Merangsang pertumbuhan otak
  • Meningkatkan kemampuan berfikir
  • Memberikan tambahan tenaga
Mengapa B-Complex Shaklee berbau?

Sebenarnya bau pada B-Complex Shaklee adalah satu petanda yang sangat bagus. Dimana B-Complex Shaklee adalah lengkap. Bahan yang meyebabkan bau yang kurang menyenangkan itu ialah B1 (Thiamin) kerana ia larut air & tersingkir melalui air kencing.

B-Complex Shaklee adalah bersifat natural & tidak mempunyai sebarang pewarna & perisa. Jika sesuatu vitamin itu dicampur pewarna & perisa, maka hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Jika pada kali pertama pengambilan B-Complex Shaklee, anda dapati memberi kesan sperti panas, rasa haus, lesu ini adalah kerana B-Complex Shaklee sedang berinteraksi pada tubuh badan. Ia dinamakan healing crisis. Untuk menghilang simptom ini hendaklah minum air dengan banyak.

Apakah tanda-tanda kekurangan B-Complex?
  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Lesu
  • Sembelit
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Kurang fokus
Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya





Tuesday 16 September 2014

Set Kesuburan Shaklee - Testimoni Diri Sendiri

Assalamualaikum <3

Ramai dikalangan pasangan yang berkahwin tidak ada rezeki, ada yang 2,3 tahun malah 10 tahun pun ada. Sedih memang sedih, duka memang duka. Stress apatah lagi, orang pakat duk bertanya.. Haishh sedih! Tapi kalau diikutkan sedih saje tanpa ada usaha & doa yang kuat tak guna jugak.

Ateh dalam masa sibuk nak siapkan hal kawin dulu, terfikir jugak bab ni. Takutnyaaaaa kalau nasib ateh macamni, yelah bukan kita mintak benda yang tak baik. Lebih pada fikir jauh nun kedepan. Stress jugak.

Ateh masuk Shaklee bulan 7 2013, Bukan sebab ada masalah apa cumanya lebih pada nak glowing yelah nak jadi raja sehari ye dak? nak betulkan hormon kot-kot ada yang sangkut etc. Ateh pernah terbaca gak bab bila kita nak merancang kehamilan seeloknya kita amalkan amik B-COMPLEX 3 bulan sebelum. Means time tu memang elok la Ateh amikkan? Sampai sekarang pun bila g check-up mesti doktor suruh amik. Sekarang ni kira bab lain la pulakkan.
Pic ehsan Pakcik Google

So, Ateh amalkan B-complex sehari sebiji. Dalam sebotol ada 120 biji. haaa amik makan sampai kenyang. hihihi. Terskip jugak kadang-kadang. Tapi bila fikir untuk masa depan, cepat-cepat ateh ngap!

Pic ehsan Pakcik Google
Selain dari tu Ateh amik GLA COMPLEX jugak. Yang ni untuk betulkan hormon, betulkan penyakit wanita tiap-tiap bulan. Ateh bukan kategori yang ada masalah tu. Tapi more pada langkah berjaga-jaga. Ambil 2 biji sehari yang ni sebotol ada 60 biji. So ateh memang amik 3 bulan berturut-turut tak tinggal langsung. Hasilnya Alhamdulillah. Kulit lembab. Penyakit bulan teratur cantik dengan kuasa Allah jugak.

Pic ehsan Pakcik Google

Supplement yang ke 3 Ateh amik ESP, agak mahal skit tapi yang best tahan 2,3 bulan. ESP ni ateh amik sebab nak cerah masa kawin. hihi sape taknak putih gebu ye dak? Bonus bila amik Esp ni Ateh cepat kenyang. Amik dalam 2 sudu b4 sarapan. Nahh lunch time steady lagi. Bonus nya ateh bleh slim masa hari bahagia. hihi



Slim eh pengantin ni.. hihi Sekarang tak lagi sebab ada little caliph dalam ni <3

Sekarang ni Alhamdulillah Ateh dah kawin, now dah hamil kali ke-2. Omaiii cepatnya Ateh! Rezki baby sulong takde. Nak buat camne. Alhamdulillah sekarang dah masuk trimester ke 2. Berpantang sulung tu pun Ateh amik set pantang Shaklee. Alhamdulillah dengan kuasa Dia Ateh cepat hamil. Syukur. Episod murung tu tak lama la.. Dalam 3 bulan lebih kurang. :)

So, Ateh nak nasihatkan untuk adik kakak kot ada plan nak dirikan rumah tangga, buat preparation bukan saja untuk cantik masa hari bahagia ja, buat jugak untuk masa depan. Usaha ke arah tu kena lebih. Bukan apa minta maaf bila ateh cakap takut orang terasa & marah. Ni just dari pandangan Ateh saja. Sebabnya bila jadi kes macamni orang selalunya tak salahkan si suami. Orang akan tuding isteri. Nauzubillah.

Jaga kesihatan ye kawan-kawan. Kalau rasa nak free consultation, nak amalkan supplement macam ateh jangan malu bertanya ateh. Kita share rasa. Anak-anak dara lagi la digalakkan. Buat preparation awal.

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545

Delima Mama untuk Baby

Assalamualaikum <3

Kemain tajuk macam drama 13 episod. kekeke

Dah masuk trimester ke 2 baby mama, teringin nak makan delima. Kata orang banyak kelebihan buah syurga ni. Kakak Ateh masa hamil dulu pun duk pulun ngadap buah syurga ni. Katanya untuk otak, untuk kulit etc.. Dalam Quran pun ada sebut tentang buah ni :-

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Jalan-Jalan pasar malam niatnya nak cari benda lain, alih-alih terpandang delima merekah melambai-lambai. 3 biji RM5, rasa skit amboiii kemain manis! Bungkus terus la jawabnya hihi. Tapi masalah utama bila makan buah ni. PAYAH BERHENTI. Selagi tak abis sebiji, takde masa nak buat keje lain. kekeke

kemerahan dia mengancam jiwaaa. 

Antara kelebihan buah delima ni yang buat Ateh terpaut, dia bukan saja untuk wanita hamil je, tapi untuk semua lapisan masyarakat tak kira la laki ke pompuan.

  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri 
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
  • Berupaya menghapuskan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous
Hmm banyakkan segala kelebihan.. Siap ada orang cakap, amalkan delima sok baby keluar bibirnya merah bak delima merkah. Amboii kemain baby takyah pakai lipstik :P


Monday 15 September 2014

ESP buat Ateh kenyang!

Assalamualaikum <3



Haiiii legaa hilang dah penyakit rindu kampung halaman, rumah pusaka arwah Abah. Hmmm walaupun esok masih ada cuti-cuti Malaysia tapi Ateh terpaksa balik semalam hmm cik Hasben tak dapat cuti hari ni. alohhh rugiii. Tapi apakan daya. Ada jugak test husband cakap nak tinggal di kampung seminggu, balik kL nanti bleh tumpang abang Ateh. Sebenarnya tak sampai hati jugak nak biarrr dia balik sensorang. Saje gatal kan.. hihi jawabnya senang je.. sambil gelak-gelak "tempat isteri kan disisi suami..." alohhhh cuwettnyaa hihi Camno nak balik berpantang di kampung lama-lama camni... hihi

Biasalah mak buyong kalau dah travel jauh, letihnya len macam.. dulu kalau balik kampung, elok sampai bleh unpack beg bagai. Sekarang ni jangan harap. Lenguh segala pinggang, sakit badan, mengantuk kemainn.. Sehari kena ganti tido. Punya la letih baby mama ni.. hihi

Bangun subuh, perut dah kriook kriook, "baby laparr mama.." Nak breakfast apa la pepagi ni. Husband memang tak breakfast dia puasa sunat isnin. Ateh la duk korek-korek dapur ni. Sambil nak pegi kerja husband warning Ateh dah. "jangan minum dah coffee 3 in 1 tu, kemain tengok ketagih minum nye, tak elok untuk baby.. " Bagai hamba terima perintah si Raja. :p

Hmm alih-alih Ateh amik ESP + susu anmum + serbuk badam. Hmm dapppp Ateh bancuh dengan air sejuk peti ais tu.. kemain heaven. air plak sejuk-sejuk lalu ikut tekak.. :D Penyudahnya Ateh kenyang sampai petang ni. hihi Kalau tak 2 jam sekali kriokk kriookk perut.. huhu balik kampung kelmarin pun family tegur, Ateh nampak berisi :p

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545


Wednesday 10 September 2014

Testimoni Collagen Shaklee

Assalamualaikum <3

Yeayyy malam ni lepas maghrib nak balik kampung Ateh di Perak. :D mula la nak senyum telinga ke telinga haha. Otak memutar memikir nak request makan apa? reka nak cari makanan yang best-best. 1st skali esok lepas subuh insyallah nak cari nasik lemak bunjut, makcik yang jual depan masjid tu.. Haaaaa Terasa-rasa kat tekak dah haa, yelaaa sedap tu bleh tahan, tapi sebab dah namanya makcik tu jual kat kampung, apa pun best! 70sen jee... siap ada sambal ikan.

Hmm bab balik kampung kalau mengarang memang tak ingat dunia. Semuanya indah belaka. hihi Sebelum Ateh nak mengemas beg ni, Ateh saje belek-belek testimoni pengguna Shaklee terutamanya Collagen! Yelaaa pakat duk berebut order tengah promo ni kan.. Superb sangat tengok effect kat dorang. Terujaaaaa ateh nak share sama segala kelebihan. hihi

Meh kita review:-

Pic ni Ateh nak share lagi segala kelebihan yang ada. Click untuk lihat image yang lebih jelas :)

Untung laaaaa kulit dia dah lembut selembut bayiii.. jangan tak tau collagen ni juga bleh jadi milkboster tau!
 Haaa dah alang-alang mak gebuuu anak pun dapat sama... tak gitu..? hihi 

Testimoni ehsan dari Jomvitamin.com, mintak halalkan ye kak.. hehe
teruja tengok orrang cantik manis! yeayyyyy :D 
 
Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545

Tuesday 9 September 2014

Check up Kali ke-3

Assalamualaikum <3

Hari ni nak cite skit pengalaman hamil pergi checkup kali ke 3. Terpaksa pergi sorang, husband tak dapat pergi.. sedih skit tapi takpelah.. Janji pergi balik husband hantar & berambil ye dak.. Nak drive dia macam tak yakin.. hmmm So far semua ok Alhamdulillah.. Klinik lawa, Doc baik, Nurse peramah. Selesa sangat. Even KK biasa je. Tapi kalau semua ok, sape pun tak takut nak g check up ye dak.. Ateh g check up di Klinik Kesihatan Sg Chua, Kajang. 10 minit je dari rumah. :)

Sindrom hamil Ateh kali ni agak parah. Baby dah capai umur 14 minggu. Dah hilang bab loya pening bagai. Baby dah tukar plan lain plak untuk mama dia. hmmm anak soleh.. anak soleh.. Mama redha sobsss

#SAKIT BAHAGIAN TULANG PUNGGUNG aka TONKENG
Ntah betul ke tak ejaan tu.. Allahhurabbi azab ya ampun.. Bila nak merungut lebih-lebih mula husband cakap, tak baikkkk huhu ok.. :'(

Duduk lama skit, mula rasa menyucuk-nyucuk bahagian tu.. Bila baring legaaa sangat rasa.
Jadinya, pantang la husband balik keje, dia nak tengok tb. Mula Ateh kacau.. "Papa, sayang baby tak? kalau sayang meh tolong urut.."sooobbss sampai lenguh-lenguh la tangan husband jawabnya nak tolong urut. Ateh kesian, tapi biarla janji Ateh lega skit hihi.. Nak lagi rare ateh suh Husband pijak manja kat situ.. Haaa lagi lega, tapi Husband Ateh plak tak sanggup, sian katanya.. Takpee janji Ateh legaaa.

Bila ngadu kat doctor, dia cakap jarang orang kena, Dia bagi panadol je. if let say rasa lagi next time punya check up Ateh kena pegi fisioterapi. adoiiii lagi takmau.. Rasa nak balik kampung berurut ngan bidan je...

Ada masa rehat ni la, nak bisness sungguh-sungguh. Kena mengadap laptop. Bila mengadap lama skit mula la sakit.. adeiii. Doa banyak-banyak biar sakit ni kurang.

Selain dari tu, bila makan atau lepas solat rasa menyucuk bahagian perut.. adeiiii taktau nak cakap camne. Ateh usap perut sambil pujuk.."Anak soleh mama.... nape... duduk elok-elok eh, jangan buat mama camni... mama sakit... " Tak sampai 10minit pehtu legaaa. heheh anak bijak!!

Sorry la pic sensor skit, cuma nak jelaskan lagi kot-kot ada yang pernah kena bleh kongsi cara nak hilangkan sakit tongkeng tu... yang tulang paling bawah tajam tuuu


Collagen Shaklee Makanan Terbaik Kulit

Assalamualaikum <3

Apa khabar semua? :) Seperti yang ateh janjikan dalam entry lepas. Ateh janji nak ceritakan antara kelebihan & kesan terbaik pengambilan secara konsisten Collagen Shaklee pada tubuh badan kita.
Di ulang ye, secara konsisten. Semua benda yang kita ambil secara konsisten akan beri kesan yang menakjubkan!

Takkan la baru ambil sepaket collagen pehtu sibuk blame, "eh,nape aku dah amik collagen tengok takde perubahan pun..??" amboi kak... apa yang kita ambil pun kalau tak ikut peraturan & aturan yang kita bagi memang la susah sesuatu bahan tu nak masuk & mesra dalam badan kita ye dak...?

Sempena bulan September ni, Shaklee bagi bonus lagi untuk semua.. Selain mealshake yang jadi produk promo, Collagen juga jadi produk pilihan promo.. Haa best kan? beli 6 free 1 kotak... aduiii bestnya!! Bleh buat stok setahun tau.. ;) Agak bajet tak mencukupi tapi nakkk jugak amik, share la ngan kawan-kawan opis, jiran ke.... Bleh dapat harga merudum!!

Meh rapat-rapat Ateh nak story skit antara kelebihan Collagen Shaklee yang orang sibuk jatuh cinta sangat ni.. ;)

*Selalunya collagen ni diperbuat dari banyak sumber antaranya dari lembu la ayam la.. & macam-macam lagi sumber yang kita tak tau ia HALAL or tidak. Tapi Collagen Shaklee diperbuat dari sisik ikan Merah.. Haaaa Halal ke idak kawan-kawan..? Mestilah Halal Insyallah & dah ada kelulusan  dari pihak berwajib JAKIM :) Satu bab dah selesaikan? Kita ni sebagai orang Islam yang Halal tu wajib sangat kita kaji. :)

*Selain itu Collagen ni ada campuran 7 Bahan utama antaranya Vitamin B, Vitamin C, Ekstra Pfaffia, ekstrak kerang dan lain-lain.

*Tapi jangan risau Collagen Shaklee ni Tidak hanyir. Yelah dah dicampur dengan kerang, ikan bagai mesti korang akan fikir collagen ni hanyir ye dak? Shaklee sangat menitik beratkan penghasilan Collagen yang bermutu tinggi. Jika anda anda dah pernah cuba, mesti anda tahu ianya berbau atau pun tidak.

Hmm pelbagai khasiat & kelebihan yang kita akan dapat dengan pengambilan yang teratur. Nak cerita banyak memang tak abis.. hehe So, of berminat mari rapat-rapat.. :) Ateh jamin anda akan teruja dengan kelebihan yang bakal anda dapat! Raya haji dah dekat, so apa lagi hihi nak cantik takkk, nak gebuuu tak?? bleh selfie tanpa ada efect camera 360 darjah dah. hihi



Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545



Wednesday 3 September 2014

Mealshake Tawan Selera Si comel anda

Assalamualaikum <3

Kemain tajuk nak kasi anak obes ke makcik?? ahaaa
Bukan itu actually maksudnya, tajuk biar debak! result biar gempak!
Gitulah kaedahnya :)

Promosi bulan ni "Mealkshake"
Selalunya promosi Shaklee kasi Buy 6 Free 1,
Tapi bulan ni dengan bermurah hati untuk Mealshake Buy 3 Free 1.
Malah bukan Mealshake saje, tapi siap ADD ON COLLAGEN POWDER skali, untuk collagen Ateh masukkan dalam entry lain eh :) Khas untuk ibu-ibu :)

Keadaan cuaca sekarang buatkan demam, batuk & selsema mudah dijangkiti buat si kecil.
Ibu ayah mana yang sanggup tengok keadaan begitu.

Shaklee telah mengeluarkan produk dimana dapat mengatasi & menguatkan antibodi sikecil
Antara kelebihan Mealshake:

* Kurangkan Ekzema
* Untuk tumbesaran
* Untuk perkembangan Minda
* Untuk Tingkatkan Selera Makan Anak
* Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
* Untuk anak kekal aktif
* Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
* Meningkatkan berat badan anak
* Membantu anak fokus
* Membantu kurangkan kekerapan asthma
* Mengatasi masalah sembelit pada anak
* Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabestes tahap 1
* Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
* Di Ambil semasa sarapan untuk meningkatkan kecergasan seawal pagi
* Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan kedalam bijirin atau susu.

Mealkshakes juga sesuai untuk semua ahli keluarga termasuk pesakit kencing manis. :)
Berlaburlah untuk sikecil anda. sebotol boleh bertahan sehingga 4 bulan. Jimat & mengebomkan! :)



Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement Terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545

Set Hamil Shaklee Terbaik

Assalamualaikum <3

Pagi ni bersemangat Ateh nak kongsi kebaikan set hamil Shaklee. Bukan sekadar share sebab takde pengalaman. Tapi share sebab Ateh dah amalkan sebanyak 2 kali kehamilan :) Alhamdulillah, dengan izin Allah jugak Ateh serasi dengan produk ini. Walaupun kadang-kadang rasa jugak nak try produk keluaran Syarikat lain, tapi bila pikir balik why not Ateh try sendiri khasiat Set ini kan? :) Dah banyak review ateh buat, testimoni orang yang dah berjaya hamil dengan set kehamilan Shaklee ini, malah orang yang terdekat pun amik set ekslusif ini. so ateh grab terus ;)

Antara testimoni yang berjaya buat ateh terkesan :)



Best kan? tengok pengalaman diaorang? Tunggu apa lagi, meh sama-sama kita sihat & bertenaga. Ateh dapat good news tentang kehamilan ke-2 ni masa 30 syaaban, maknanya esok nak puasa. Ateh consume set ni & Alhamdulillah hasilnya terbaik! Ateh boleh berpuasa penuh 30 hari Ramadhan :) Bukan senang nak habiskan puasa tambah-tambah kita di trimester pertama. Ateh lalui pengalaman berpuasa dengan begitu bermakna & syukur Ateh dapat khatam Al-Quran buat sikecil molek dalam perut ni pada bulan puasa lepas ;) Sape taknak ye dak? Happy sangat.

Dibawah ni Set Hamil yang Ateh consume sekarang. Memandangkan sekarang Ateh baru masuk 2nd trimester, Ateh nak add on lagi 1 jenis iaitu Omega . Sekarang Ateh amik basic set plus ESP Shaklee, memang dah wajib amik dari dulu. :) 



Antara kandungan khasiat dalam setiap botol supplement yang kita ambil:-

ESP: Membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Keperluan protien meningkat ketika wanita sedang hamil kerana protien diperlukan untuk membina placenta & sel tubuh bayi. Amalan pengambilan ESP ketika hamil juga dapat mencantikkan & menggebukan kulit bayi.

Vita-Lea: Multivitamin yang jauh lebih baik dari obimin. Ia membantu melengkapkan kekurangan nutrient ibu hamil yang banyak diserap oleh bayi. Keistimewaan Vita-Lea ia mengandungi iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering dialami oleh ibu hamil.

Ostematrix: Adalah bagi menyokong bekalan kalsium dalam tubuh. Bayi memerlukan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot & hati. Bayi akan mendapatkan bekalan kalsium ini dari tubuh ibunya. Maka ibu hamil perlu sentiasa memastikan jumlah kalsium adalah mencukupi untuk keperluan bayi & untuk ibu itu sendiri. Ostematrix juga boleh mencegah kejang atau simpul biawak yang sering dialami oleh ibu hamil terutamanya dimalam hari.

B-complex: Dilengkapi oleh lapan Vitamin B beserta Folik asid yang amat penting untuk saraf & baik untuk ibu hamil.

Vitamin C: Untuk menguatkan sistem imun badan serta mencantikkan kulit ibu & bayi.

Omega Guard: Adalah pengganti supplement NueroGain. Ia mengandungi DHA & EPA untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Supplement ini perlu diambil mulai trimester kedua & ketiga.

Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement Terbaik serta konsultasi percuma: :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545