Monday, 17 November 2014

Asma

Assalamualaikum <3

After lunch di opis, rasa nak berkongsi info tentang penyakit yang paling mudah dijangkiti buat si manja anda :) ASMA. bukan saja budak-budak, mak budak pun boleh terkena penyakit ni..

Asma merupakan penyakit keturunan ataupun bermula dengan demam selesema yang berpanjangan pada si anak akan menyebabkan terjadinya asma.

Ia merupakan penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, dimana salur pernafasan
  • menjadi sempit
  • merah
  • bengkak
  • lendir yang berlebihan
  • mudah terangsang (hypersensitive)
Faktor utama
  • Jangkitan virus pada sistem pernafasan
  • Perubahan cuaca
  • Alahan pada debunga , kulat dan binatang peliharaan
  • Emosi
  • Selesema berpanjangan
Gejala Utama terkena asma
  • Batuk
  • Batuk diwaktu malam (waktu tidur)
  • Rasa sesak nafas (berbunyi seperti wisel)
  • Rasa ketat dada
Jenis rawatan asma
    • Ubat pencegah  -Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan
    • Ubat Pelega     - Bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit
    • Ubat kawalan  - Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan & mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.
Bolehkah asma disembuhkan?

Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.

Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali dikemudian hari.

Omega Guard buat si penghidap Asma


Sempena Omega bulan November promo Shaklee, ateh amat suggest pada mana-mana customer untuk konsisten dengan Omega Guard. Omega Guard dapat membantu menangani penyakit asma. Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma "mild to moderate persistent asthma" yang mengambil supplemen Omega 3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan "emergency inhaler" sebanyak 31%. Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steriod itu.

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah pada asma, tetapi ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama sejak kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma yang kronik pula, pengambilan minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.
Hubungi Ateh jika berminat & ingin mengetahui bagaimana mendapatkan Supplement terbaik serta konsultasi percuma :)

Rahimah Abd Rahman
SID: 932045
H/P: 013-4656545
COD: Kajang/Bandar Baru Bangi/Putrajaya


No comments:

Post a Comment